Portal:Filem
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Filem atau wayang gambar boleh merujuk kepada wayang tersebut ataupun industri perfileman secara umum. Perkatan 'filem' datangnya dari filem fotografi yang merupakan perantara utama wayang tersebut dicetak, dipanggil pita filem.
Pada hari ini, cerita drama televisyen dan video telah menjadi semakin popular dan semakin banyak ditayangkan. Wayang gambar yang dirakam dengan menggunakan filem boleh dipancarkan ke layar tanpa kehilangan mutu gambar. Filem video untuk drama televisyen tidak sesuai untuk ditayangkan disebabkan mutu gambar menjadi kurang baik apabila diperbesarkan.
|
|
|
| Filem Pilihan |
|
Cicak-Man ialah filem terbitan KRU Films (kini KRU Studios) yang merupakan percubaan daripada pengarah yang berbakat Yusry KRU untuk melahirkan adihero atau superhero Malaysia. Ia berkisar di sebuah bandaraya ciptaan Metrofulus. Genre filem ini ialah komedi-aksi dan cereka sains. Pengarah filem ini telah mendapat pujian pelbagai pihak atas usaha dan hasil yang diberikan dan dikatakan sebagai satu evolusi bagi industri perfileman Malaysia.
Filem ini mengisahkan seorang anak muda, Hairi (Saiful Apek), secara tidak sengaja menelan seekor cicak yang sedang dalam proses ujikaji di makmal. Dia dan rakan karibnya, Danny (Yusry), bekerja di syarikat milik Profesor Klon (Aznil Nawawi), di Bandar Metrofulus. Akibat kejadian itu, Hairi dapat merasa perubahan dalam dirinya. Dia mula bersikap seperti seekor cicak yang berupaya memanjat dinding, luka yang cepat sembuh dan cekap menggunakan lidahnya yang panjang.
Selanjutnya | Arkib | Sunting
|
| Gambar Pilihan |
|
Arkib | Sunting
|
| Terkini... |
|
|
| Tahukah anda... |
- ...bahawa filem Duyung (gambar) merupakan filem Malaysia pertama menjalani penggambaran di dasar laut?
- ...bahawa pelakon filem P. Ramlee hanya dianugerahkan pangkat Tan Sri selepas kematian beliau?
- ...bahawa filem Nujum Pak Belalang pernah memenangi Anugerah Filem Komedi Terbaik Asia?
- ...bahawa kisah filem Biar Betul berlaku dalam hanya 1 hari?
- ...bahawa skrip bagi filem Dunia Baru The Movie terpaksa dirombak sebanyak 10 kali?
|
|
| Biografi pilihan |
|
Tan Sri Dr. P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura. Bermula dengan bermain ukele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya.
Selanjutnya | Arkib | Sunting
|
| WikiProjek |
Sertailah
WikiProjek Filem
|
| Kategori |
|
|
| Anda boleh membantu |
Senarai tugasan untuk Portal:Filem |
sunting · sejarah · pantau · muat semula |
- Mengkategorikan rencana berkaitan filem mengikut kualiti supaya mudah untuk diusahakan.
- Menambah kualiti rencana berkaitan filem secara bekerjasama.
- Mengenalpasti kepentingan rencana.
- Mengatur templat-templat berkaitan filem.
- Terjemah rencana filem dari Wikipedia bahasa lain.
- Menambah lagi rencana tentang filem.
|
| Priority 1 (top) |
|
| Info Portal Filem |
|
|
|