Wen Jiabao

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Wen Jiabao
温家宝

Wen di Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland (2009)

Tempoh jawatan
16 Mac 2003 – 15 Mac 2013
Presiden Hu Jintao
Timbalan Huang Ju
Wu Yi (Pemangku)
Li Keqiang
Didahului oleh Zhu Rongji

Lahir 15 September 1942 (72 tahun)
Tianjin, China
Parti politik Parti Komunis
Pasangan Zhang Peili
Anak Wen Yunsong
Wen Ruchun
Kediaman Beijing
Alma mater Institut Geologi Beijing
Profesion Ahli geologi
Tandatangan

Wen Jiabao (lahir 15 September 1942 di Tianjin) adalah Perdana Menteri Republik Rakyat China ke-6 (16 Mac 2003 - 15 Mac 2013). Beliau adalah ketua kerajaan dan mengetuai kabinet China. Beliau juga ahli Jawatankuasa Tetap Politbiro Parti Komunis China. Dari segi kedudukan, Wen Jiabao menduduk tempat ke-3 dari 9 ahli.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Lahir di Beichen , Tianjin kira-kira 170 km dari Beijing. Belajar di High School Nankai sama seperti Zhou Enlai. Beliau menyertai Parti Komunis China pada April 1965.

Wen adalah ahli geologi dan jurutera .Beliau mendapat sarjana dari Institut Geologi Beijing pada 1968. Dia kemudian dihantar ke wilayah Gansu untuk bekerja sebagai ahli geologi (1968-1978). Kemudian pindah ke Beijing untuk bekerja sebagai ketua Pejabat Parti Umum antara tahun 1986 dan 1993.

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau berkhidmat di bawah tiga Jeneral Setiausaha: Hu Yaobang , Zhao Ziyang , dan Jiang Zemin. Beliau menjadi korban semasa tunjuk perasaan pelajar di Dataran Tiananmen 1989. Rakannya Zhao Ziyang dikenakan tahanan dalam rumah sehinggalaj kematian pada Januari 2005.

Perdana Menteri China Zhu Rongji melantik beliau dengan tugasan mengawasi pertanian, dan persekitaran dasar kewangan serta persediaan China menyertai Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO). Beliau mengawasi reformasi ekonomi Cina.

Awalnya dianggap sebagai pendiam dan sederhana. Wen dikatakan seorang Komunikator yang baik dan dikenali sebagai "orang rakyat". Sejak Mei 2004, Wen mengunjungi pelbagai masyarakat yang musnah akibat AIDS dan penagih dadah. Secara rawak Wen mengunjungi desa relatif miskin di pedalaman. Jurang kemiskinan harus segera diatasi dengan cara menghapuskan cukai pertanian pada 2005.

Semasa Tahun Baru Cina pada tahun 2005, Weng bersama-sama dengan sekelompok pelombong arang batu di Shanxi. Oleh itu Wen dianggap memahami keperluan rakyat biasa. Beliau juga mampu menjawab soalan panas daripada wartawan berhubung isu kemerdekaan Taiwan ,Tibet dan hak asasi manusia .

Disember 2003, Wen melawat Amerika Syarikat, Kanada dan Australia untuk pertama kalinya. Beliau bertemu dengan Presiden George W. Bush. Wen menegaskan China tidak perlukan campur tangan asing berhubung kemerdekaan Taiwan . Wen juga melawat Jepun pada April 2007 , bertemu dengan Maharaja Akihito dan bersama bermain besbol.

Pada 18 Mac 2008, Wen menyalahkan penyokong Dalai Lama atas kekerasan di Tibet. Pejuang kemerdekaan Tibet mengambil kesempatan menjelangnya Sukan Olimpik Beijing 2008.

Gempa Sichuan 2008[sunting | sunting sumber]

Wen Jiabao melawat mangsa gempa bumi Sichuan 2008. Selepas itu media membandingkan beliau dengan bekas Perdana Menteri Republik Rakyat China Zhou Enlai.

Dasar luar China[sunting | sunting sumber]

Wen dilihar memainkan peranan penting dalam membentuk dasar luar China. Beliau mengunjungi Korea Utara pada tarikh 4 Oktober 2009, pertama kalinya Perdana Menteri China melawat Korea Utara sejak lawatan Li Peng pada tahun 1993. Dia disambut di Lapangan Terbang Pyongyang oleh pemimpin Korea Utara yang sedang sakit Kim Yong-il.

Wen juga bertemu dengan para pemimpin Kesatuan Eropah pada Persidangan Kesatuan Eropah-China pada November 2009. Wen juga pergi ke Copenhagen pada 2009 Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 , di mana ia bertemu dengan Presiden AS Barack Obama.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: