Wikipedia:Calon rencana pilihan/April

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Layar poster bagi filem Terbaik dari Langit

Terbaik dari Langit (bahasa Inggeris: Nova) merupakan sebuah filem yang bercorak kembara / sci-fi / fantasi dan komedi-drama yang diarahkan oleh Nik Amir Mustapha serta menampilkan Bront Palarae, Iedil Putra, Amerul Affendi, Megat Sharizal, Nadiya Nisaa, Sharifah Amani dan Siti Saleha. Filem ini mengisahkan seorang jejaka bernama Berg (Bront Palarae) yang merancang sebuah pengembaraan bersama empat rakannya untuk mencari kebenaran mengenai kisah UFO. Namun, di sebalik perjalanan yang jauh itu, mereka akhirnya menyedari sesuatu yang tidak pernah dijangkakan sebelumnya. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 25 Disember 2014.

Filem ini merupakan filem terbaik Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015.Filem ini turut memenangi tiga anugerah dari dua belas pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-27 (termasuk Anugerah Khas Juri).