Wikipedia:Calon rencana pilihan/Jun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lokasi serangan di Paris

Pada petang 13 November 2015, satu siri tembakan rambang yang disasarkan terhadap orang ramai dan serangan berani mati berlaku di Paris dan Saint-Denis, Perancis. Bermula pada 21:16 CET, tiga letupan berasingan dan enam tembakan besar-besaran berlaku, termasuk pengeboman berhampiran Stade de France di pinggir bandar utara Saint-Denis.

130 orang disahkan terbunuh, termasuk 129 orang di dalam teater. Polis Perancis melaporkan bahawa dua pengebom berani mati mungkin terlibat serangan ini.

Dalam siaran rasmi pukul 23:58 CET, Presiden Perancis François Hollande mengumumkan keadaan darurat, penutupan sempadan dan berkabung di seluruh Perancis selama tiga hari.