Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/13 Disember
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
13 Disember: Hari Republik di Malta (1974); Hari St. Lucia.
- 1545 – Persidangan Kristian yang diasaskan Paus Paul III sebagai tindak balas kepada perkembangan Protestantisme, Majlis Trent bermula di Trento, Itali.
- 1862 – Perang Saudara Amerika: Angkatan Kesatuan ditewaskan dengan teruk oleh pertahanan Gabungan dalam Pertempuran Fredericksburg (gambar).
- 1937 – Perang China-Jepun Kedua: Tentera Jepun di bawah Jeneral Iwane Matsui menawan Nanjing, China dan mula menjarahnya.
- 1981 – Perdana Menteri Poland Wojciech Jaruzelski mengisytiharkan pemerintahan tentera, menggantung Solidarność dan memenjarakan ramai pemimpin kesatuan.
- 2003 – Bekas Presiden Iraq Saddam Hussein dijumpai bersembunyi di dalam sebuah lubang semasa Operasi Subuh Merah.
Hari-hari sebelum: 12 Disember – 11 Disember – 10 Disember
Arkib – Melalui emel – Lagi...