Pertempuran Fredericksburg

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pertempuran Fredericksburg
Sebahagian daripada the Perang Saudara Amerika
Battle of Fredericksburg, Dec 13, 1862.png
Pertempuran Fredericksburg oleh Kurz dan Allison.
Maklumat am
Tarikh 11 - 15 Disember 1862[1]
Lokasi Spotsylvania County dan Fredericksburg, Virginia
Hasil Negeri Konfederate America victory[1]
Pihak yang berperang
Amerika Syarikat Amerika Syarikat (Union Amerika) Negeri-negeri Gabungan Amerika CSA (Negeri Konfederate America)
Komander dan pemimpin
Ambrose E. Burnside Robert E. Lee
Unit yang terlibat
Tentera Potomac Tentera Virginia Utara
Kekuatan
sekitar. 114,000 bertempur sekitar. 72,500 bertempur
Kerugian dan kehilangan
12,653
(1,284 terbunuh
 9,600 cedera
 1,769 ditawan/hilang)[2]
5,377
(608 terbunuh
 4,116 cedera
 653 ditawan/hilang)[3]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Pertempuran Fredericksburg berlangsung pada 11-15 Disember 1862, di Fredericksburg, Virginia dan sekitar, antara Tentera Utara Virginia Kofederate , Jeneral Robert E. Lee dan Tentera Potomac Kesatuan (Union), diperintahkan oleh Major Jeneral Ambrose Burnside. Serangan berhadapan sia-sia tentera Kesatuan pada 13 Disember terhadap pertahanan Konfederate berkubu di belakang tanah tinggi bandar ini dikenang sebagai salah satu yang paling peperangan berat sebelah semasa Perang Saudara Amerika, dengan korban pihak Kesatuan yang lebih daripada dua kali ganda besar berbanding korban yang dialami oleh pihak musuh .

Rancangan Burnside adalah untuk menyeberangi Sungai Rappahannock di Fredericksburg pada pertengahan November dan meluru ke ibunegeri Negeri Konfederate Amerika, Richmond, Virginia sebelum tentera Lee boleh menghalangnya. Karenah birokrasi menghalang Burnside daripada menerima jambatan ponton yang diperlukan tepat pada masanya dan Lee memindahkan tenteranya untuk menghalang penyeberangan. Apabila tentera Kesatuan akhirnya dapat membina jambatan dan menyeberang semasa pertempuran, peperangan bandar berlangsung di bandar pada 11-12 Disember. Tentera Kesatuan bersedia untuk menyerangan kedudukan bertahan Konderate di selatan bandar dan di rabung yang dibina kubu di sebelah barat bandar yang dikenali sebagai Tanah Tinggi Marye.

Pada 13 Disember , "division agung" Maj. Jeneral William B. Franklin berjaya mebolosi barisan pertahanan pertama Konfederate Lt. Gen. (CSA) Stonewall Jackson di selatan, tetapi akhirnya diundurkan. Burnside memerintah division agung Maj. Gens. Edwin V. Sumner dan Joseph Hooker untuk membuat serangan hadapat berulang terhadap kedudukan Lt. Gen. James Longstreet di tanah tinggi Marye, kesemuanya dipatahkan dengan bilangan korban yang tinggi. Pada Disember, Burnside mengundurkan tenteranya, mengakhiri satu lagi kempen Union yang gagal di Teater Tmur.

Later belakang dan rancangan Burnside[sunting | sunting sumber]

Pada bulan November 1862, Presiden Abraham Lincoln perlu untuk menunjukkan kejayaan usaha perang Kesatuan sebelum orang ramai di Utara hilang keyakinan terhadap pentadbiran beliau. Tentera Konfederate telah bergerak lebih awal pada musim gugur, menyerang Kentucky dan Maryland, dan walaupun setiap serangan telah diundurkan, tentera tersebut kekal utuh dan mampu bertindak selanjutnya. Lincoln menggesa Mejar Jeneral Ulysses S. Grant untuk mara terhadap benteng Konfederate Vicksburg, Mississippi. Beliau menggantikan Mejar Jeneral Don Carlos Buell dengan Mejar Jeneral William S. Rosecrans, dengan harapan untuk tindakan yang lebih agresif terhadap musuh-musuh di Tennessee. Dan pada 5 November, melihat bahawa penggantian Buell tidak merangsang Mejar Jeneral George B. McClellan untuk bertindak, beliau mengeluarkan arahan untuk menggantikan McClellan sebagai Perintah Tentera Potomac di Virginia. McClellan telah menghentikan Robert E. Lee semasa Pertempuran Antietam di Maryland, tetapi tidak mampu untuk memusnahkan tentera Lee, Presiden Lincoln juga berpendapat bahawa McClellan juga tidak cukup agresif ketika mengejar Lee kembali ke Virginia.[4]

Pengganti McClellan adalah Maj. Jen. Ambrose E. Burnside, komander kor ke-IX. Burnside mempunyai reputasi sebagai komander bebas, dengan kejayaan beroperasi awal tahun tersebutdi persisiran Carolina Utara dan, tidak seperti McClellan, tidak kelihatan memiliki cita-cita politik. Bagaimanapun, dia merasa dirinya tidak layak bagi pemerintahan tahap-tentera dan membantah apabila ditawarkan jawatan tersebut. Dia menerima hanya apabila ia dijelaskan kepadanya bahawa McClellan akan digantikan walau bagaimanapun dan satu-satunya pilihan lain adalah Maj. Jen. Joseph Hooker, yang tidak disukai ataupun dipercayai Burnside. Burnside mengambil alih pemerintahan pada 7 November.[5]

Sebagai tindak balas kepada desakan dari Lincoln dan ketua-turus-tentera Maj. Jen. Henry W. Halleck, Burnside merancang serangan lewat musim gugur; dia memberitahu rancangannya kepada Halleck pada 9 November. Rancangan tersebut bergantung kepada pergerakan pantas dan penipuan. Dia akan menumpukan tenteranya secara terang-terangan berhampiran Warrenton, Virginia, membuat gerakan olok-olok di Bangunan Mahkamah Culpeper, Bangunan Mahkamah Orange, atau Gordonsville. Kemudian dia dengan pantas mengalih tenteranya ketenggara dan menyeberangi Sungai Rappahannock ke Fredericksburg, dengan harapan Robert E. Lee akan mengekalkan kedudukan, tidak jelas mengenai tujuan Burnside, sementara Tentera Union membuat pergerakan pantas terhadap Richmond, selatan sepanjang Richmond, Fredericksburg dan Landasan Potomac dari Fredericksburg. Burnside memilih rancangan ini kerana dia bimbang sekiranya dia bergerak secara langsung ke selatan dari Warrenton, dia terdedah pada serangan rusuk dari Lieutenant General (CSA) Thomas J. "Stonewall" Jackson, yang kor nya pada masa itu berada di selatan Lembah Shenandoah Winchester, Virginia. Dia juag percaya bahawa Landasan Orange dan Alexandria bukanlah garis bekalan yang mencukupi. (Burnside turut terpengaruh dengan rancangan yang baru dikembangkan oleh McClellan sebelum digantikan. Menyedari bahawa Lee telah menghalang O&A, McClellan menimbang laluan melalui Fredericksburg dan memerintah sekumpulan kecil tentera berkuda di bawah pemerintahan Kapt. Ulric Dahlgren bagi menyiasat keadaan RF&P.) Ketika Burnside mula mengumpulkan pangkalan bekalan di Falmouth, Virginia, berhampiran Fredericksburg, pentadbiran Lincoln bergolah dengan perbincangan panjang lebar mengenai kebijaksanaan rancangan tersebut, yang berbeza dengan kecenderungan presiden bagi pergerakan ke selatan melalui O&A dan konfrantasi secara langsung dengan tentera Lee berbanding pergerakan yang menumpu pada bandar Richmond. Lincoln dengan berat hati meluluskan rancangan itu pada 14 November tetapi memberi amaran kepada jeneralnya untuk bergerak dengan pantas, ragu-ragu bahawa Lee akan berkerjasama sebagaimana jangkaan Burnside.[6]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 NPS
  2. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Eicher405 tidak disediakan
  3. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan confcas tidak disediakan
  4. O'Reilly, pp. 4–6.
  5. Esposito, text to map 71; Marvel, pp. 159–61; O'Reilly, pp. 1–2.
  6. Eicher, p. 396; O'Reilly,– pp. 14–23; Welcher, p. 700; Marvel, pp. 164–65.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Further reading[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]