Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/17 Ogos
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
17 Ogos: Hari Kemerdekaan di Indonesia (1945) dan Gabon (1960)
- 1914 – Perang Dunia Pertama: Hermann von François tidak mempedulikan arahan berundur, dan berjaya dalam serangan balas mempertahan Prusia Timur.
- 1962 – Pengawal sempadan Jerman Timur menembak mati Peter Fechter yang cuba melintas Tembok Berlin ke Berlin Barat.
- 1969 – Hurikan Camille (gambar) melanda persisiran Mississippi, A.S. mengorbankan 259 nyawa dan menyebabkan kerosakan bernilai AS$1.42 bilion.
- 1988 – Presiden Pakistan Muhammad Zia-ul-Haq terbunuh dalam satu nahas kapal terbang.
- 1999 – Gempa bumi bermagnitud 7.5 Mw melanda barat laut Turki, mengorbankan lebih 17,000 orang.
Hari-hari sebelum: 16 Ogos – 15 Ogos – 14 Ogos
Arkib – Melalui emel – Lagi...