Skala magnitud momen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Skala magnitud momen (simbol M_\mathrm{w}) merupakan sejenis skala seismos yang diperkenalkan pada 1979 oleh Thomas C. Hanks dan Hiroo Kanamori sebagai pengganti kepada skala Richter, dan digunakan oleh ahli seismologi untuk membandingkan tenaga yang terbebas akibat gempa bumi.[1] Disebabkan skala ini merupakan skala logaritma, kekuatan gempa bumi yang satu nombor lebih besar dalam skala ini ialah kira-kira 30 kali ganda (contohnya 7.0 lwn. 6.0).

Dalam penciptaan skala ini, pemalar dalam persamaan matematiknya dipilih supaya anggaran skala magnitud momen secara kasarnya sama dengan anggaran menggunakan skala lain, contohnya skala Richter, ML. Kelebihan skala magnitud momen ialah skala ini tiada had atas. Oleh itu, skala magnitud momen kini sering digunakan untuk menganggar magnitud gempa bumi besar.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Hanks, ThomasC.; Kanamori, Hiroo (05/1979). "Moment magnitude scale". Journal of Geophysical Research 84 (B5): 2348–2350. doi:10.1029/JB084iB05p02348. http://adsabs.harvard.edu/abs/1979JGR....84.2348H. Capaian 2007-10-06. 
  2. Boyle, Alan (May 12, 2008). "Quakes by the numbers". MSNBC. http://cosmiclog.msnbc.msn.com/archive/2008/05/12/1012798.aspx. Capaian 2008-05-12. "That original scale has been tweaked through the decades, and nowadays calling it the "Richter scale" is an anachronism. The most common measure is known simply as the moment magnitude scale."