Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/22 Ogos
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
22 Ogos: Hari Perayaan Keratuan Maryam (Gereja Katolik Rom)
- 1485 – Angkatan Lancaster menewaskan angkatan York dalam Pertempuran Bosworth, secara muktamad menamatkan Perang Bunga Ros.
- 1851 – Perahu layar America memenangi Piala Amerika (gambar) yang pertama berhampiran Pulau Wight, England.
- 1864 – Pergerakan Palang Merah yang diketuai Henry Dunant bermula secara rasmi apabila 12 negara Eropah menandatangani Konvensyen Geneva Pertama, menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah.
- 1910 – Korea diilhak oleh Jepun dengan penandatanganan Perjanjian Pengilhakan Jepun-Korea.
- 1989 – Planet Neptun disahkan memiliki gelang oleh terbang lalu Voyager 2.
Hari-hari sebelum: 21 Ogos – 20 Ogos – 19 Ogos
Arkib – Melalui emel – Lagi...