Tamil Nadu

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar
  ?தமிழ் நாடு
Tamil Nadu
India
Peta  yang menunjukkan lokasi  Tamil Nadu
Thumbnail map of India with Tamil Nadu highlighted
Location of Tamil Nadu
Koordinat: (find coordinates)
Zon waktu IST (UTC+5:30)
Kawasan 130,058 km² (50,216 sq mi)
Ibu kota Chennai
Kota terbesar Chennai, Coimbatore
Daerah 30
Jumlah penduduk
Kepadatan
6,24,05,679 (ke-6)
• 478/km² (1,238/sq mi)
Bahasa Bahasa Tamil
Gabenor Surjit Singh Barnala
Ketua Menteri M Karunanidhi
Established 1 November 1956
Dewan Perundangan (kerusi) Unikameral (235)
Singkatan ISO IN-TN
Laman web: tn.gov.in
Diasaskan 1773; Madras State diasaskan 1956 dan dinamakan semula Tamil Nadu pada 14 Januari 1969 [1]

Tamil Nadu (Bahasa Tamil: தமிழ்நாடு Bunyi sebutan?, secara harifahnya "Tanah Orang Tamil", IPA: /t̪ɐmɨɻ n̪aːɽɯ/) ialah sebuah negeri di hujung selatan India. Tamil Nadu bersempadan dengan Puducherry (Pondicherry), Kerala, Karnataka dan Andhra Pradesh.

Tamil Nadu pernah dijajah oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris dan kemudiannya diterapkan ke dalam Presidensi Madras. Setelah India mencapai kemerdekaan, negeri Madras ditubuhkan pada tahun 1956 berdasarkan sempadan linguistik. Nama negeri ini ditukar kepada Tamil Nadu pada tahun 1969.

Politik Tamil Nadu selama ini didominasi oleh parti-parti AIADMK dan DMK yang merupakan perintis bagi sebilangan kecil dasar yang dirasmikan pada peringkat kebangsaan seperti dasar rizab untuk kasta-kasta dan sektor-sektor dominan dalam masyarakat. Kedua-dua parti ini berpunca dari gerakan Dravidia yang menuntut lebih banyak hak untuk populasi 'orang Dravidia' Tamil Nadu.

Tamil Nadu yang terletak di pantai tenggara semenanjung India ini bersempadan dengan Ghat Timur di utara, serta Nilgiri, Bukit Annamalai dan Palakkad di batat. Negeri ini kaya dengan tanah subur di sepanjang pantai Coromandel, selat Palk, dan Teluk Mannar. Tanah subur Tamil Nadu disalurkan air oleh sungai-sungai seperti Kaveri, Palar, dan Vaigai, serta juga monsun timur laut. Negeri pengilang ini juga merupakan sebuah peneraju dalam pengeluaran hasil pertanian.

Tamil Nadu selaku negeri keenam paling ramai penduduknya di India juga mempunyai kelompok bandar yang terbesar di negara . Dewasa ini, pertumbuhan populasi di negeri ini menjadi antara yang terendah di negara. Globalisasi telah menaikkan peluang eksport, menjadikan Tamil Nadu ekonomi ketigfa terbesar di kalangan negeri-negeri India. Terdapati juga kenaikan dalam bilangan institusi pendidikan di Tamil Nadu yang mengandungi institusi latihan vokasional terbesar di India. Ibu negerinya Chennai (dikenali sebagai Madras sehingga tahun 1996), ialah bandaraya keempat terbesar di India. Coimbatore, Erode, Madurai, Tiruchirapalli, Salem, Tirunelveli dan Tirupur juga merupakan perbandaran di Tamil Nadu.

Tamil Nadu telah lama diduduki manusia sejak zaman prasejarah, dan tradisi sejarah dan budayanya merupakan antara yang tertua di dunia. Kerajaan-kerajaan Tamil Chera, Chola, Pandya dan Pallava bertanggungjawab menghasilkan sebilangan hasil sastera terlama yang masih wujud di India. Selain itu, muzik Karnatik, tarian Bharatanatyam dan seni bina India berevolusi dalam negeri itu. Begitu juga, sebilangan komposer masyhur seperti Tyagaraja, pernah tinggal dan mengecapi kejayaan di Tamil Nadu.

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi