21 Ogos
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | Ogos 2012 | >> | ||||
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | 4 | |||
| 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
| 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
| 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
| 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | |
| MMXII | ||||||
21 Ogos merupakan hari ke-233 (hari ke-234 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 132 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini merupakan Hari Ninoy Aquino di Filipina.
[sunting] Peristiwa
- 1680 - Orang Indian Pueblo menawan Santa Fe dari orang Sepanyol.
- 1772 - Rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah yang diketuai Gustav III selesai dengan penerimaan Perlembagaan Sweden baharu.
- 1831 - Nat Turner memimpin satu pemberontakan hamba di Southampton County, Virginia, A.S., namun ditumpaskan 48 jam kemudian.
- 1911 - Mona Lisa (gambar), sekeping catan minyak Leonardo da Vinci, dicuri dari Muzium Louvre di Paris.
- 1968 - "Prague Spring" di Czechoslovakia berakhir dengan tiba-tiba apabila tentera Pakatan Warsaw melanggar negara tersebut, membunuh 72 orang Czechoslovak dan menahan ketuanya Alexander Dubček.
- 1976 - Operasi Paul Bunyan dijalankan sebagai gerak balas terhadap Peristiwa Pembunuhan Kapak di Kawasan Bebas Tentera Korea, dan hampir mencetuskan semula Perang Korea.
- 1983 - Pemimpin pembangkang Filipina, Benigno Aquino, Jr. ditembak mati di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila.
- 1986 - Letusan limnetik Tasik Nyos (gambar) di Cameroon mengorbankan sekitar 1,700 orang dan 3,500 ternakan di kampung berdekatan.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||