Wikipedia:Jangan masukkan salinan sumber asli
| Laman ini merupakan garis panduan Wikipedia Bahasa Melayu. Para penyunting telah menyetujui pendapat dan garis panduan yang dikemukakan dalam laman ini. Garis panduan ini wajar diikuti, tetapi tidak semestinya polisi Wikipedia. Anda berhak mengubah laman ini jika perlu, tetapi sila gunakan laman perbincangan bagi memastikan penyunting lain turut setuju jika terdapat perubahan menyeluruh. |
Jangan masukkan salinan sumber asli (terutamanya teks, peta dan gambar) di Wikipedia. Di sini, sumber asli merujuk kepada sebarang karya yang dihasilkan untuk tujuan yang lain daripada menjadi rencana ataupun entri dalam wikipedia.Wikisource dilahirkan untuk ini. Selain itu, anda juga boleh letakkannya di Projek Gutenberg.
Kemasukkan salinan sumber asli seperti karya sastera, teks berita, dokument undang-undang, akan merosakkan sifat wikipedia sebagai ensiklopedia. Ini adalah kerana salinan ini belum lagi disunting dan disesuaikan ke dalam format ensiklopedia. Daripada itu, Pengguna Wikipedia adalah ditegah daripada mengamalkan perbuatan "cut and paste" untuk mewujudkan rencana dalam Wikipedia, sama ada bahan yang disalin itu merupakan karya hak cipta atau tidak.
Sebaiknya, jika boleh letakkan sumber tersebut di Wikisource/Projek Gutenberg, dan kemudian ceritakannya di Wikipedia.
[sunting] Salinan daripada Ensiklopedia Lain
Dari segi format, salinan daripada ensiklopedia lain boleh dimasukkan ke dalam wikipedia. Tetapi perbuatan ini harus dilakukkan dalam keadaan tidak melanggar hak cipta orang lain. Sehubungan itu anda boleh memasukkan rencana daripada ensklopedia yang sudah lapuk hak ciptanya, ataupun tiada pemilik hak cipta seperti Ensiklopedia Britannica Edisi tahun 1911. Walaupun demikian, anda digalakkan untuk melakukan penyuntingan dan penyesuaian sebelum memasukkannya ke dalam wikipedia.