Wikipedia:Tanggungjawab pemeriksa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pentadbiran
Polisi
Tanggungjawab
Permohonan
Pengundian
Senarai pemeriksa
Log hak pengguna
Birokrat
Penyelia

Pemeriksa adalah seorang ahli Wikipedia yang diberi peralatan khas untuk memeriksa pengguna-pengguna di sesebuah projek Wikimedia serta membantu penyelia dalam hal urus tadbir Wikipedia.

Beberapa tanggungjawab yang harus dipenuhi oleh seorang pemeriksa:

  • Memeriksa setiap suntingan pengguna lain dan juga memantau halaman perubahan terkini. Kemudian melakukan hal-hal lain:
    • Mengembalikan suntingan laman yang telah dihapuskan atau dimanipulasikan dengan pantas;
    • Memberikan teguran, peringatan dan bimbingan kepada Ahli Wikipedia;
    • Mengembalikan/membatalkan suntingan vandal;
    • Memaklumkan kepada penyelia berkenaan vandal yang dilakukan oleh pengguna boneka untuk tindakan lanjut;
    • Menyekat pengguna/pemilik alamat IP yang melaku musnah dalam Wikipedia mengikut "polisi sekatan pemeriksa";
    • Memaklumkan pengguna yang diperiksa bahawa pemeriksaan telah dilakukan pada akaunnya.

Alasan untuk memeriksa[sunting sumber]

Data Pemeriksa boleh digunakan untuk menyiasat, menghalang, atau memberi respons kepada:

  1. Vandalisme;
  2. Pengguna boneka;
  3. Gangguan (atau potensi sebagai gangguan) dari sebarang projek Wikimedia; dan
  4. Kebimbangan mengenai penyuntingan yang tidak wajar.

Alat ini tidak boleh digunakan untuk:

  1. Menguasai kawalan politik atau sosial;
  2. Memberi tekanan kepada editor; atau
  3. Mengugut mana-mana editor lain untuk patuh apabila terdapat pertikaian kandungan.

Tujuan utama Pemeriksa adalah pencegahan pengguna boneka, tetapi dasar komuniti membenarkan penggunaan akaun alternatif dengan syarat akaun alternatif tersebut tidak digunakan untuk melanggar dasar projek (seperti pengundian berganda atau dengan memberikan kesan terdapat lebih banyak sokongan untuk suatu kedudukan dalam perbincangan atau pertikaian kandungan),

Di beberapa projek Wikimedia, alamat IP editor boleh disemak atas permintaan mereka, biasanya untuk membuktikan mereka tidak bersalah terhadap tuduhan pengguna boneka. Pemeriksaan seperti itu tidak dibenarkan di Wikipedia Bahasa Melayu dan permintaan tersebut tidak akan dihiraukan.

Lihat juga[sunting sumber]