Wikipedia:Tutorial/Pendaftaran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari



Pengenalan   Menyunting   Memformat   Pautan Wikipedia   Memetik sumber   Laman perbincangan   Peringatan   Pendaftaran   Tamat    

Pendaftaran nama pengguna adalah tidak wajib, tetapi amat digalakkan.

Sesiapa sahaja boleh membuat sumbangan kepada Wikipedia, tanpa mengira sama ada mereka ingin mendaftar atau tidak. Walau apapun, pendaftaran nama pengguna ada banyak manfaatnya, termasuk:

  • Mendapat banyak ciri-ciri tambahan, termasuk banyak lagi pilihan menyunting dan keutamaan pengguna. Salah satu ciri yang berguna ialah senarai pantau yang memudahkan anda menjejaki perubahan pada laman-laman yang anda minati; dan kebolehan memindahkan atau menukar nama laman. (Jangan pindahkan laman semaa-mata dengan cara salin dan tampal kerana sejarah penyuntingan tidak dapat dipelihara dengan cara demikian.)
  • Pengguna yang tidak berdaftar dikenal pasti dengan alamat IP komputernya yang digunakan sebagai pengenal awamnya apabila membuat sumbangan (dan menandatangani komen di laman perbincangan). Alamat IP komputer anda boleh digunakan untuk mencari maklumat tentang anda, maka pendaftaran ini meningkatkan privasi anda dengan menjadikan alamat IP anda tidak kelihatan kepada penyunting lain. Selain itu, oleh sebab alamat IP selalu berubah-ubah, pengguna yang tidak berdaftar mungkin berdepan dengan kesukaran untuk membuat rekod prestasi yang baik untuk mendapat penghormatan dan pengakuan daripada penyunting-penyunting lain, serta menyukarkan komunikasi kerana tiada laman perbincangan. Atas sebab-sebab ini, ramai ahli Wikipedia lebih suka jika anda berdaftar untuk menunjukkan sikap lebih bertanggungjawab atas suntingan-suntingan anda, serta komen-komen yang anda tinggalkan dalam laman perbincangan. Ertinya, sumbangan anda kepada rencana dan laman perbincangan akan lebih dititikberatkan.
  • Sesetengah laman, seperti laman ini, memerlukan pengguna untuk disahkan secara automatik sebelum ia disunting. Kebolehan ini diberikan secara automatik kepada pengguna berdaftar yang sudah menggunakan Wikipedia sekurang-kurangnya empat hari selepas berdaftar dan melakukan sepuluh suntingan, tetapi tidak diberikan kepada pengguna tak berdaftar tanpa mengira berapa banyak suntingan yang dibuatnya.
  • Hanya pengguna berdaftar dibenarkan menjadi pentadbir (atau pengendali sistem).

Sekiranya anda mendaftar, jangan lupa kata laluan atau nama pengguna anda. Jika anda cenderung melupainya, pastikan anda memberikan alamat e-mel anda ketika mendaftar supaya anda boleh memohon kata laluan yang baru sekiranya anda terlupa kata laluan yang sedia ada.

Lihat Kenapa buka akaun? untuk maklumat lanjut.


Cara mendaftar

Untuk mendaftar, klik di atas, atau klik pautan Log masuk/buka akaun di sudut kanan atas di mana-mana laman Wikipedia.

Selepas menetapkan nama pengguna anda, tidak akan dapat menukarnya dengan mudah, jadi adalah amat perlu untuk anda meneliti dasar nama pengguna sebelum membuat nama pengguna.


Selesaikan tutorial anda dengan ulang kaji dan maklumat lanjut