Wikipedia:Tutorial/Memformat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari



Pengenalan   Menyunting   Memformat   Pautan Wikipedia   Memetik sumber   Laman perbincangan   Peringatan   Pendaftaran   Tamat    

Biasanya sesebuah lamat diformat menggunakan penanda Wiki supaya pengguna tidak perlu belajar html.

Penanda Wiki

Huruf tebal dan italik

Wiki boleh menerima teg html, tetapi kebanyakan orang lebih suka menggunakan teg wiki kerana ia memudahkan proses menyunting. Teg wiki yang paling biasa digunakan ialah huruf tebal dan italik. Kedua dua bentuk format ini boleh dibuat dengan hanya menggunakan tanda koma atas (').

  • '' italik '' akan menjadi italik (2 tanda ' )
  • ''' tebal ''' akan menjadi tebal ( 3 tanda ')
  • ''''' tebal dan italik ''''' akan menjadi tebal dan italik ( 5 tanda ' )


Tanda tebal digunakan untuk menekankan subjek rencana tersebut pada awal rencana. Sebagai contoh, lihat Brunei.

"Brunei Darussalam atau Kesultanan Brunei ialah sebuah negara ..."

Tanda tebal juga digunakan untuk menekankan perkara perkara yang penting, meskipun bukannya di awal rencana.


Tanda italik pula digunakan untuk menunjukkan perkataan tersebut asing dalam bahasa Melayu (contoh 1). Selain itu, tanda italik juga digunakan untuk menunjukkan perkataan asal bagi perkataan yang telah diterjemah supaya orang lain boleh memahami rencana tersebut dengan mudah. Perkataan asal tersebut perlu diletakkan di dalam kurungan (contoh 2). Dan yang terakhir, italik digunakan untuk tajuk buku atau filem (contoh 3).

  1. "...Dengan ini EU bukan sahaja boleh dianggap sebagai sebuah organisasi antarabangsa, bahkan sebagai entiti sui generis."
  2. "...ditubuhkan berdasarkan Perjanjian Kesatuan Eropah (Treaty of European Union) yang ditandatangani ..."
  3. "...Lord of the Rings ialah sebuah filem epik yang ditulis oleh J.R.R. Tolkien."

Lihat contoh lain di Kesatuan Eropah.

Tajuk dan subtajuk

Tajuk dan subtajuk adalah cara yang terbaik untuk memperbaiki pengurusan sesuatu rencana. Jika anda melihat dua atau lebih topik berbeza yang sedang diperbincangkan, anda boleh membahagi rencana tersebut dengan meletak tajuk bagi setiap seksyen.

Tajuk boleh dibuat seperti di bawah:

  • == Tajuk pertama ==
  • === Subtajuk aras pertama ===
  • ==== Subtajuk aras kedua ====

Jika rencana tersebut mempunyai lebih daripada tiga tajuk/subtajuk (seperti laman ini), kotak isi kandungan akan terhasil secara automatik. Untuk berlatih, gunakan kotak pasir ini.

Gaya penulisan

Untuk format daya penulisan yang lebih lengkap, anda boleh lihat manual gaya penulisan.


Cuba memformat di Kotak pasir
Teruskan tutorial dengan Pautan