Wikipedia:Tutorial/Peringatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari



Pengenalan   Menyunting   Memformat   Pautan Wikipedia   Memetik sumber   Laman perbincangan   Peringatan   Pendaftaran   Tamat    

Ada perkara-perkara yang harus anda ingat ketika menyunting di Wikipedia ini.

Dasar penyuntingan

Perihal subjek

Wikipedia merupakan sebuah ensiklopedia yang boleh disunting, tetapi rencana-rencananya harus diisi maklumat berwibawa tentang subjek-subjek yang "layak" dijadikan bahan ensiklopedia. Jangan bersusah payah mencipta rencana untuk setiap seorang di bumi atau setiap syarikat yang menjual apa jua barangan, atau setiap jalanraya di dunia ini. Walaupun begitu, ada projek saudara untuk sesetengah jenis kandungan yang tidak sesuai untuk ensiklopedia.

Rencana ensiklopedia adalah mengenai subjek itu sendiri, bukan perkataan yang menjadi nama subjek itu, jadi rencana yang sekadar mentakrifkan dan menjelaskan kegunaan perkataan atau ungkapan itu umpama kamus, oleh itu sepatutnya disumbangkan kepada projek Wikikamus.

Teks sumber asli, seperti buku domain awam yang ingin anda muat naik supaya lebih ramai pengguna yang dapat membacanya, sepatutnya ditujukan ke Wikisource.

Wikipedia merupakan projek Yayasan Wikimedia, sebuah organisasi bukan bermotif keuntungan yang juga mengendalikan beberapa projek pelbagai bahasa yang lain.


Wiktionary small.svg
Wikikamus
Kamus bebas
Wikinews-logo.svg
Wikiberita
Sumber berita bebas
Wikiquote-logo.svg
Wikiquote
Koleksi petikan kata
Wikibooks-logo.svg
Wikibuku
Buku teks dan manual bebas
Wikispecies-logo.svg
Wikispecies
Panduan spesies
Wikisource-logo.svg
Wikisumber
Perpustakaan bebas
Wikiversity-logo.svg
Wikiversity Beta
Bahan pelajaran bebas
Commons-logo.svg
Commons
Koleksi multimedia bebas
Wikimedia Community Logo.svg
Meta-Wiki
Penyelarasan projek Wikimedia
Wikivoyage-Logo-v3-icon.svg
Wikivoyage
Panduan perjalanan bebas
Wikidata-logo.svg
Wikidata
Pangkalan pengetahuan bebas
Mediawiki-logo.png
MediaWiki
Pembangunan perisian bebas

Untuk senarai penuh semua projek yang berkaitan dengan Wikipedia, rujuk Senarai lengkap projek Wikimedia.

Wikipedia juga bukan tempatnya untuk "hasil penyelidikan asli", iaitu teori-teori terbaru yang belum diterbitkan dalam jurnal yang disemak. Untuk butiran lanjut mengenai apa yang harus dimasukkan ke dalam Wikipedia, rujuk Wikipedia bukan apa dan Kepentingan rencana.

Kami juga menegah para pengarang daripada menulis mengenai diri atau pencapaian mereka, kerana ini menimbulkan konflik kepentingan. Sekalipun anda sudah membuat pencapaian terkenal, serahkan sahaja kepada orang lain untuk menulis tentang anda. Butiran lanjut di Wikipedia:Autobiografi.

Keberkecualian

Dasar penyuntingan Wikipedia menegaskan bahawa rencana harus ditulis secara "berkecuali", iaitu kami menerima segala pandangan penting terhadap sesuatu isu. Daripada sekara menyatakan satu sudut pandangan, lebih baik kami cuba menyampaikan segala sudut pandangan yang berkenaan tanpa menilainya secara berat sebelah, supaya rencana berbentuk bermaklumat, bukan cubaan meyakinkan pembaca. Ini TIDAK bermakna rencana di sini diharapkan 100% "objektif", kerana dalam mana-mana pertikaian pun setiap pihak berpegang kuat pada sudut pandangan masing-masing.

Anda boleh menyatakan pendapat dalam rencana, asalkan dibentangkan dalam bentuk pendapat, bukan fakta. Lebih baik anda menyatakan siapa yang mengeluarkan pendapat ini, cth: "Penyokongnya berhujah bahawa..." atau "Tokoh X percaya bahawa..."

Sesebuah rencana dianggap sebagai berat sebelah jika ia terang-terangan ditulis dari satu sudut pandangan sahaja, seperti salinan dari iklan atau bahan propaganda politik; ataupun jika didapati lebih banyak membincangkan satu sudut pandangan daripada sudut pandangan lain yang lebih penting walaupun semua pandangan dibentangkan secara berkecuali, ataupun rencana itu memberikan liputan berlebihan kepada sudut pandangan yang kecil.

Jika anda ingin meluangkan masa membuat rencana kontroversi yang bersubjek politik atau agama, anda sewajarnya membaca halaman dasar keberkecualian dahulu. Anda harus bertenang jika penyunting lain mengisikan maklumat yang anda tidak setuju sekalipun. Walaupun membuat rencana yang kurang mengganggu perasaan seperti matematik atau permainan, anda masih harus membacanya, itupun tak mengapa.

Pemetikan sumber

Wikipedia mengehendaki anda memetik sumber maklumat yang anda sumbangkan, dengan membubuh nota kaki, seperti yang dibincangkan dalam halaman "Memetik sumber" dalam tutorial ini. Petikan membantu pembaca mengesahkan apa yang anda tuliskan dan mencari maklumat lanjut.

Jika anda tahu tapak-tapak sesawang yang pasti memikat pembaca rencana, senaraikannya dan bubuh pautannya dalam bahagian "Pautan luar". Begitu juga untuk buku, yang harus diletakkan dalam bahagian "Bacaan lanjut", tetapi hanya untuk yang tidak digunakan sebagai sumber petikan rencana.

Untuk keterangan lanjut, rujuk Wikipedia:Sumber petikan

Hak cipta

Jangan tambahkan bahan berhak cipta ke dalam Wikipedia tanpa izin pemegang hak cipta itu. Ketika menambah maklumat ke dalam rencana, diharapkan anda pandai menggunakan kata-kata sendiri. Harus diingati bahawa segala maklumat yang dijumpai di Internet ada hak ciptanya melainkan dinyatakan sebaliknya.

Untuk keterangan lanjut, rujuk Wikipedia:Hak cipta

Tatalaku

Wikipedia menggalakkan suasana kemesraan dan keterbukaan. Sudah tentu timbulnya pertikaian atau perbalahan yang hangat, tetapi diharapkan supaya para ahli komuniti Wikipedia menjaga adab dan kelakuan diri masing-masing.

Yang penting sekali, para penyunting semua harus saling mempercayai satu sama lain. Jangan menyangka bahawa ada sesiapa yang bertindak dengan niat jahat. Jika ada sesiapa yang berbuat sesuatu yang mengecilkan hati anda, hantarkan pesanan yang sopan kepada laman perbincangan rencana atau pengguna itu. Jangan-jangan anda tersalah faham sehingga boleh memalukan diri sendiri.

Untuk keterangan lanjut, rujuk Wikipedia:Dasar dan garis panduan

Penciptaan rencana

Apabila mencipta rencana di Wikipedia, cubalah ingati nasihat yang anda ketahui dari tutorial dan patuhi dasar-dasar yang dinyatakan di sini, seperti keberkecualian. Adalah penting untuk memetik sumber untuk mengukuhkan kepentingan topik sambil menguatkan kesahan rencana. Anda harus berdaftar sebelum mencipta rencana baru di sini.

Untuk keterangan lanjut, rujuk Wikipedia:Rencana pertama anda

Penamaan semula rencana

Jika anda menjumpai rencana yang tersalah tajuk, tolong jangan salin dan tampal isi kandungan rencana lama ke dalam rencana baru, kerana ini akan memisahkan sumbangan terdahulu daripada sejarah penyuntingannya (yang kami jejaki atas sebab hak cipta). Lebih baik anda memindahkan rencana itu kepada nama baru, tetapi anda perlu berdaftar sebagai ahli terlebih dahulu. Jika ini kali pertama anda membuat pemindahan, sila baca amaran pada laman pemindahan secara teliti, kerana ada beberapa isu yang harus dipertimbangkan sebelum memindahkan halaman. Jika terlibatnya halaman "penyahkekaburan", lebih baik anda menyemak Wikipedia:Penyahkekaburan.

Untuk keterangan lanjut, rujuk Wikipedia:Penggabungan dan pemindahan
Uji kefahaman anda di Kotak pasir


Mari kita buka akaun pula