William Calley

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
William Calley Di Muka Luar majalah Time

William Laws Calley, Jr. (8 Jun 1943 - ) adalah pegawai tentera yang memerintah 1 Platun, Kompeni C, battalion 1-20 Infantri yang terlibat dalam Pembunuhan Beramai-ramai di My Lai pada 16 Mac, 1968. Leftenan Calley kemudiannya dihadapkan ke mahkamah tentera kerana kejadian tersebut dan dijatuhkan hukuman penjara setelah didapati bersalah.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

William Calley berasal dari latar belakang yang biasa sahaja. Bapanya adalah seorang veteran Tentera Laut. Calley menamatkan persekolahan tinggi di Florida dan melanjutkan pelajaran ke Palm Beach Junior College dalam tahun 1963. Calley menyertai tentera sebelum menamatkan pengajiannya. Calley berbadan kecil, dengan ketinggian 5 kali 3 inci. Setelah gagal menghabiskan pengajian ijazahnya, Calley bekerja di beberapa tempat, tetapi tidak kekal. Akhirnya dia ke San Francisco di mana beliau menerima arahan kerahan tenaga dalam tahun 1966 untuk memasuki tentera.

Calley menjalani latihan asasnya di Fort Benning, Georgia dan mendapat latihan lanjutan sebagai kerani di Fort Lewis, Washington. Calley kemudiannya menamatkan latihan di Sekolah Pegawai Kadet dan menerima tauliah sebagai Leftenan Muda.

Calley dihantar bertugas di Hawaii dan mengambil alih 1 Platun, Kompeni C, Batalion 1-20 Infantri di Schofield Barracks, Hawaii. Semasa di medan tempur, beliau tidak digemari oleh askar-askar di bawah pimpinannya. Dia dikatakan kurang berakal dan tidak boleh membaca peta ataupun kompas dengan betul.

Perbicaraan dan Akibat[sunting | sunting sumber]

Fail:Williamcalley1.jpg
William Calley Bersama George Latimer, Peguam Bela

Calley dituduh pada 5 September 1969 dengan 6 pertuduhan membunuh dengan niat menyebabkan kematian 109 orang penduduk di My Lai. Perbicaraan Calley bermula pada 17 November 1969 dan berlanjutan sehingga 17 November 1969, apabila beliau didapati bersalah kerana membunuh 22 orang awam di My Lai. Calley dihukum penjara seumur hidup. Keterangan yang diberikan mendakwa Calley memberikan perintah kepada askar-askarnya untuk membunuh orang ramai. Calley sepanjang perbicaraan bertahan menyatakan dia hanya menurut arahan yang diberikan pegawai pemerintahnya. Daripada 26 orang yang dikenakan tuduhan, hanya Calley yang didapati bersama dan dihukum.

Ada pihak melihat Calley sebagai mangsa sistem keadilan tentera yang mahu menuding jari kepada Calley dan enggan menerima hakikat kegagalan menanam moral dan disiplin diri yang tinggi di kalangan askar-askarnya.

Pada 1 April 1970, Presiden Richard M. Nixon mengarahkan Calley dibebaskan daripada tahanan penjara sementara menunggu keputusan rayuannya. Mahkamah tentera mengurangkan hukumannya kepada 20 tahun tahanan penjara. Tetapi Calley tidak dipenjarakan, sebaliknya menjalani hukuman tahanan di rumah selama 3½ tahun di Fort Benning.

Calley dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan atas alasan habeas corpus pada 25 September 1974. Hakim J. Robert Elliott mendapati perbicaraan Calley tergugat oleh publisiti meluas sebelum perbicaraannya.

Calley masih menginap di Columbus, Georgia. Menurut William Eckhardt, pegawai pendakwa semasa perbicaraan, Calley menghadapi masalah insomnia kerana terganggu dengan peranannya dalam kejadian yang berlaku. [1]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. My Lai lawyer reflects on ethics of war, Kansas City Star, June 3 2006