8 Jun
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | Jun 2012 | >> | ||||
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | |||||
| 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
| 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
| 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
| 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
| MMXII | ||||||
8 Jun merupakan hari ke-159 (hari ke-160 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 206 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Lautan Sedunia.
[sunting] Peristiwa
- 1783 - Kawah Laki (gambar) mula meletus dan berterusan sehingga lapan bulan, mencetuskan kebuluran dan keracunan fluorin di Iceland.
- 1887 - Herman Hollerith menerima paten untuk kalkulator kad tebuk.
- 1949 - Novel politik distopia Nineteen Eighty-Four oleh George Orwell diterbitkan.
- 1966 - Sebuah prototaip XB-70 Valkyrie berlanggar di udara dengan sebuah pesawat pengejar F-104 Starfighter ketika membuat penggambaran. Kedua-dua juruterbang NASA Joseph A. Walker serta juruterbang ujian Tentera Udara Amerika Syarikat Carl Cross, maut dalam kemalangan itu.
- 1967 - Tentera Udara Israel menyerang kapal risikan Tentera Laut A.S. USS Liberty di perairan antarabangsa, membunuh 34 orang dan mencederakan 173 lagi.
- 1995 - Pengatur cara Rasmus Lerdorf mengeluarkan versi awam pertama bahasa penskripan PHP untuk menghasilkan laman web dinamik.
- 2004 - Pelari jarak jauh Habsyah Kenenisa Bekele memecahkan rekod dunia untuk 10,000 meter luar di Ostrava, Republik Czech.
[sunting] Kematian
- 632 - Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||