25 September
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | September 2013 | >> | ||||
| Ahd | Isn | Sel | Rab | Kha | Jum | Sab |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
| 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
| 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
| 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
| 29 | 30 | |||||
| MMXIII | ||||||
25 September merupakan hari ke-268 (hari ke-269 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 97 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Perayaan Sergius dari Radonezh (Gereja Ortodoks Timur).
Peristiwa [sunting]
- 1066 - Harold Godwinson dari England menewaskan Harald III dari Norway dalam Pertempuran Stamford Bridge, menandakan berakhirnya serangan Viking ke England.
- 1396 - Perang Uthmaniyyah di Eropah: Tentera Uthmaniyah di bawah Bayezid I (gambar) menewaskan perikatan Kristian pimpinan Sigismund dari Hungary dalam Pertempuran Nicopolis.
- 1513 - Konkuistador Vasco Núñez de Balboa, dari atas puncak Darién, Panama kini, menjadi orang Eropah pertama melihat Lautan Pasifik, yang kemudian dinamakannya Mar del Sur (Laut Selatan).
- 1962 - Republik Demokratik Rakyat Algeria diisytiharkan secara rasmi. Ferhat Abbas dilantik Presiden pertama kerajaan sementara, dengan Ahmad bin Billah sebagai Perdana Menteri.
- 1969 - Pertubuhan Kerjasama Islam ditubuhkan di Rabat, Maghribi selepas cubaan membakar Masjid Al-Aqsa.
- 2007 - Yasuo Fukuda terpilih untuk menggantikan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe yang meletakkan jawatan.
- 2008 - Kgalema Motlanthe mengangkat sumpah sebagai Presiden Afrika Selatan, menggantikan Thabo Mbeki.
- 2008 - Lehman Brothers dan Washington Mutual diisytiharkan bankrap akibat Krisis Kewangan Amerika Syarikat 2008.
- 2011 - Raja Abdullah mengumumkan yang wanita Arab Saudi akan dibenarkan mengundi dan bertanding.
Kelahiran [sunting]
- 1977 - Clea DuVall, pelakon Amerika Syarikat.
Kematian [sunting]
- 2011 - Wangari Maathai (71 tahun), pencinta alam sekitar & penerima Hadiah Keamanan Nobel Kenya
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||