William Farquhar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Mulia
 William Farquhar
William Farquhar

Lukisan minyak kanvas, c. 1830


Residen British Melaka ke-6
selepas pendudukan Belanda
Tempoh berjawat
1808 – 1818
Raja George III (1760–1820)
Didahului oleh Willem Jacob Cranssen, Pemerintah Belanda
Digantikan oleh Jan Samuel Timmermann Thijssen, Pemerintah Belanda

Residen British Pertama ke Singapura (1819-1826)
Tempoh berjawat
7 Februari 1819 – 1 Mei 1823
Monarki George III (1760–1820)

George IV (1820–1830)

Digantikan oleh Dr. John Crawfurd

Tarikh lahir 26 Februari 1774
Tempat lahir Newhall, Aberdeenshire, Scotland
Meninggal 11 Mei 1839 (umur 65)
Perth, Scotland
Kerakyatan British
Profesion Pemerintahan kolonial
Agama Kristian

Mejar-Jeneral William Farquhar (26 Februari 1774 - 11 Mei 1839) merupakan seorang kakitanganSyarikat Hindia Timur Inggeris, dan Residen serta Komandan pertama British untuk Singapura.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Farquhar dilahirkan di Newhall, Aberdeenshire, berhampiran Aberdeen, Scotland pada tahun 1774[1], dan menyertai Syarikat Hindia Timur sebagai kadet ketika berusia 17 tahun. Tiba di Madras pada 19 Jun 1791. Pada 22 Jun 1791, beliau dinaikkan pangkat dalam Jurutera Madras. Pada 16 Ogos 1793, beliau menjadi Leftenan di Jurutera Madras.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Farquhar menjadi Ketua Jurutera semasa ekspedisi menawan Melaka dari Belanda pada 18 Ogos 1795. Pada 1 Januari 1803, beliau menjadi Kapten penuh. Dari 1808, beliau bertindak sebagai Residen Melaka. Pada 26 September 1811 dilantik secara rasmi Residen dan Komandan Melaka pada Disember 1813. Beliau menjaga hal ehwal Melaka sehinggalah Belanda kembali pada September 1818. Semasa tempoh itu, beliau terlibat dalam pencerobohan British ke atas tanah Jawa yang diketuai oleh Gabenor Jeneral Lord Minto dan Sir Stamford Raffles pada bulan Ogos 1811. Dia boleh bercakap Melayu , berkahwin dengan seorang gadis Melaka, Clement Nonio dan mereka mempunyai enam kanak-kanak dan dikenali sebagai Raja Melaka.

Selaku jurutera, reputasi beliau berjaya sebagai Residen Melaka dan didiluluskan oleh British dari Belanda. Tugas beliau ialah merobohkan semua struktur kota binaan Portugis iaitu kota A Famosa. Dia meletupkan kubu pertahanan dengan serbuk bedil yang sebelum itu gagal diruntuhkan.

Pengalaman mendalam mengenai politik Riau-Lingga, Farquhar membantu Sir Stamford Raffles mendapatkan pulau di Singapura. Pada 30 Januari 1819 beliau membantu berunding dengan penghulu tempatan Temmengong Abdul Rahman Johor. Perjanjian rasmi pada 6 Februari 1819 antara Raffles dengan Temenggong dan Sultan Hussein Muhamad Shah, yang mengesahkan hak British untuk menubuhkan sebuah pos perdagangan di Singapura.

Pada 7 Februari 1819, Raffles melantik Farquhar sebagai Residen Singapura yang pertama dan membangunkannya mengikut pelan khusus Raffles. Kuasa Farquhar berkekalan selama empat tahun. Beliau dilantik sebagai Residen British yang pertama dan Komandan Singapura, (1819 - 1823) . Farquhar memperkenalkan sistem perdagangan bebas atau 'laissez-faire'. Beliau membangunkan tebing utara-timur Sungai Singapura. Singapura berkembang maju menjadi sebuah bandar kosmopolitan.Komunikasi dengan Raffles di Bangkahulu dan Syarikat Hindia Timur di Calcutta amat kurang. Selama tiga tahun, Singapura dibangunkan sendiri diterajui oleh Farquhar.

Pada 9 Mei 1821, William Farquhar dipecat kerana melanggar arahan - arahan Raffles, terutamanya membenarkan pembinaan rumah-rumah di Padang dan di tebing berhampiran Sungai Singapura. Apabila Raffles kembali, dia meradang kerana rancangannya telah diabaikan , maksiat bertambah , perdagangan candu meningkat dan hamba dibiarkan. Beliau kemudiannya menyingkirkan Farquhar, yang pada mulanya enggan berundur. Beliau dipecat pada 1 Mei 1823 dan diganti oleh Residen ke-2, Dr John Crawfurd. Beliau kekal di Singapura untuk beberapa bulan.

Farquhar bersara di Perth, Scotland pada 1829. Dia membeli dua rumah di Georgia (satu untuk adiknya, Kapten tentera laut) dan membina sebuah dewan biliard.Dia berkahwin lagi, dan meninggal dunia pada tahun 1839. Kuburnya terletak di Greyfriars Kirkyard, Perth.

Lukisan sejarah Asli[sunting | sunting sumber]

Antara 1819 dan 1823, Farquhar mengarahkan seorang artis Cina melukis flora dan fauna tempatan. Sebanyak 477 lukisan cat air bertema tumbuh-tumbuhan, mamalia, burung, reptilia, ikan dan serangga yang ditemui di Melaka dan Singapura.Lukisan-lukisan itu dibuku dan diterbitkan pada 1999 oleh Editions Didier Millet dan Muzium Nasional Singapura pada tahun 2010 .

Berangkat dari Asia Tenggara[sunting | sunting sumber]

Pada majlis perpisahan beliau pada 27 Disember 1823, Kolonel William Farquhar menerima plat berniolai 3000 sicca rupee sebagai hadiah perpisahan. Selepas itu, beliau berlepas dari Singapura ke Melaka, Pulau Pinang dan dalam perjalanan pulang singgah di Calcutta dan terus ke England. Populariti Farquhar di kalangan masyarakat Asia dan Eropah di Singapura dicatat oleh Munshi Abdullah bin Abdul Kadir, dalam Hikayat Abdullah.

Pada akhir Disember 1823,laporan akhbar Calcutta menceritakan beliau telah diiringi ke pantai oleh kebanyakan penduduk Eropah. Beliau belayar dalam kapal, "Alexander".

Beliau meninggal dunia di Perth, Scotland.

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Brazil, David. Insider's Singapore. Singapore: TImes Books International, 2001.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • The William Farquhar collection of natural history drawings, Singapore: Goh Geok Khim, 1999 
  • Solomon, Eli (1996), William Farquhar's life in the Far East : a chronology, Singapore: Singapore Resource Library, National Library Board 

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Singapore, N. (1868). William Farquhar | Infopedia. [online] Dipetik dari: http://infopedia.nl.sg/articles/SIP_501__2008-12-15.html [Dicapai pada: 15 Jun 2013].