Wyclef Jean

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Wyclef Jean
Wyclef Jean di konsert UNAIDS.
Latar belakang
Nama lahir Nel Ust Wyclef Jean
Juga dikenali sebagai Wyclef
Berasal dari Newark, New Jersey, Amerika Syarikat
Genre Hip hop, reggae, kompas, R&B, rakyat, Bachata
Pekerjaan Ahli muzik, aktivis sosial, penerbit rekod, pelakon
Instrumen Vokal, gitar, piano, dram
Tahun aktif 1987–kini
Label Ruffhouse, Columbia, J, Koch
Kegiatan berkait Fugees, Shakira, Akon, Selena, Serj Tankian, Tarkan, Aventura, Sizzla, Bigga Haitian
Laman web www.wyclef.com

Nel Ust Wyclef Jean (lahir 17 Oktober 1972) merupakan penyanyi hip hop dan reggae kelahiran Haiti yang menetap di Amerika Syarikat. Beliau juga seorang penerbit rakaman dan menjadi aktivis kemanusiaan semasa gempa bumi Haiti 2010.[1]

Presiden Haiti, Rene Preval melantik Wyclef sebagai Duta kemanusiaan Haiti pada 2007. Rene Preval tidal boleh lagi bertanding presiden menurut Perlembagaan Haiti pada 28 November 2010. Cubaan Preval melanjutkan tempoh kuasa akan menambah ketegangan politik, ekonomi dan kekacauan isu kemanusiaan di negara itu.

Beliau menang Anugerah Grammy.

Bertanding jawatan Presiden Haiti[sunting | sunting sumber]

Pada 3 Ogos 2010, laporan CNN dan majalah Time menyatakan Wyclef (37 tanun) berminat bertanding jawatan Presiden Haiti.[2] Pada 5 Ogos, beliau menghantar pencalonannya,[3] namun Suruhanjaya Pilihan Raya kemudiannya menyatakan beliau tidak layak kerana tidak memenuhi syarat tinggal di Haiti 5 tahun sebelum pilihan raya.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]