XB-70 Valkyrie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
XB-70 Valkyrie
XB-70 dari Pusat Penyelidikan Penerbangan Dryden pada tahun 1968
Peranan Pesawat pengebom strategik
Pesawat penyelidikan supersonik
Pengeluar North American Aviation
Penerbangan sulung 21 September 1964
Dihentikan 4 Februari 1969
Status Pameran muzium
Pengguna utama Tentera Udara Amerika Syarikat
NASA
Jumlah dibina 2 XB-70
Kos program AS$1.5 bilion[1]
Kos seunit AS$750 juta setiap prototaip[2]

North American Aviation XB-70 Valkyrie merupakan sebuah pesawat prototaip terbitan daripada cadangan pesawat pengebom bersenjata nuklear B-70 untuk Perintah Udara Strategik Tentera Udara Amerika Syarikat. Direka pada akhir tahun 1950-an, Valkyrie dipasang dengan enam buah enjin dan berupaya untuk terbang pada kelajuan melebihi Mach 3 pada ketinggian 70,000 ka (21,000 m), yang mana membolehkannya untuk mengelak daripada pesawat pemintas, satu-satunya senjata anti pengebom yang berkesan pada waktu itu.

Dua buah prototaip XB-70 telah dibina untuk Tentera Udara A.S. Kos pembangunan program pesawat yang tinggi, dan perubahan dalam persekitaran teknologi dengan kemasukkan peluru berpandu permukaan ke udara aras tinggi yang berkesan menyebabkan pembatalan program B-70 pada tahun 1961. Meskipun cadangan armada operasi bagi pengebom B-70 tidak dapat direalisasikan, pesawat XB-70A telah digunakan di dalam penerbangan ujian pada tahun 1964 sehingga 1969, digunakan bagi menyelidik rekabentuk pesawat supersonik yang besar. Sebuah prototaip telah terhempas berikutan perlanggaran di udara pada tahun 1966. Sebuah lagi pula dipamerkan di Muzium Kebangsaan Tentera Udara Amerika Syarikat di Ohio.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Knaack 1988
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan FlightLine tidak disediakan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]