Xenon dioksida

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Xenon dioksida
Xenon-dioxide-2D.png
Nama IUPAC xenon dioxide
Struktur
Bentuk molekul Segi empat sama planar
Sifat
Formula molekul XeO2
Jisim molar 163.29 g/mol
Rupa bentuk pepejal kuning[1]
Sebatian berkaitan
Sebatian berkenaan Xenon trioksida
Xenon tetroksida
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan bagi bahan dalam keadaan piawai (pada suhu 25 °C, 100 kPa)
Rujukan kotak info

Xenon dioksida, atau xenon(IV) oksida, ialah satu sebatian xenon dan oksigen dengan formula XeO2. Ia telah disintesis pada tahun 2011, di dalam suhu 0°C melalui hidrolisis xenon tetraflorida di dalam air (dengan 2.00 mol/L H2SO4).[2]

Struktur[sunting | sunting sumber]

XeO2 mempunyai struktur dilanjutkan (berantai atau berangkaian) di mana xenon and oksigen masing-masing mempunyai nombor koordinasi dua dan empat. Geometri pada xenon ialah segi empat sama planar, seperti mana yang dikatakan dalam teori VSEPR untuk empat ligand dan dua pasangan tunggal (atau AX4E2 dalam notasi teori VSEPR).

Tambahan lagi, kewujudan sebatian ini telah diramalkan melalui kaedah kimia kuantum ab initio beberapa tahun sebelumnya oleh Pyykkö dan Tamm, tetapi kedua-duanya tidak pernah mengambil kira struktur dilanjutkan.[3]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

XeO2 ialah satu pepejal jingga kekuningan.[4] Ia adalah satu sebatian tidak stabil, dengan separuh hayat selama kira-kira dua minit. Ia menyahberkadar menjadi XeO3 dan gas xenon. Struktur dan identitinya telah disahkan dengan menyejukkannya pada suhu −78°C supaya spektroskopi Raman boleh dijalankan sebelum ia mereput.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Tyler Irving (May 2011). "Xenon Dioxide May Solve One of Earth's Mysteries". L’Actualité chimique canadienne (Canadian Chemical News). http://www.accn.ca/index.php?ci_id=2583&la_id=1. Capaian 2012-05-18. 
  2. Brock, David S.; Schrobilgen, Gary J. (2011). "Synthesis of the Missing Oxide of Xenon, XeO2, and Its Implications for Earth’s Missing Xenon". Journal of the American Chemical Society 133 (16): 6265–6269. doi:10.1021/ja110618g. PMID 21341650. 
  3. Pyykkö, Pekka; Tamm, Toomas (1 April 2000). "Calculations for XeOn(n = 2−4): Could the Xenon Dioxide Molecule Exist?". The Journal of Physical Chemistry A 104 (16): 3826–3828. doi:10.1021/jp994038d. 
  4. Simon Cotton (May 2011). "Soundbite Molecules". Royal Society of Chemistry. http://www.rsc.org/Education/EiC/issues/2011May/SoundbiteMolecules.asp. Capaian 2012-05-18. 

Templat:Sebatian xenon