Xiangqi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Xiangqi
Papan Xiangqi
Papan Xiangqi dengan buah catur pada kedudukan permulaan
Pemain 2
Masa penyediaan kira-kira 1 minit
Peluang rawak Tiada
Kemahiran yang diperlukan Taktik, Strategi

Xiangqi (Bahasa Cina: 象棋; pinyin: xiàngqí; Wade-Giles: hsiang4-ch'i2; Mengenai bunyi ini dengar ), merupakan sebuah permainan papan Cina dua orang pemain, yang berada dalam keluarga yang sama dengan catur antarabangsa, chaturanga, shogi, dan janggi. Xiangqi bentuk kini berasal dari China, oleh itu sering digelar sebagai Catur Cina.

Xiangqi mempunyai sebuah sejarah yang panjang. Walaupun asal-usulnya tidak jelas, namun permainan ini didapati telah mula dimainkan terawalnya pada abad ke-4 Sebelum Masihi di China.

Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang paling popular di dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti "raja" dalam catur antarabangsa) daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta "sungai" dan "istana" yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]