Xu Huaiwen
- Ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Xu.
| Xu Huaiwen | |
|---|---|
| Maklumat peribadi | |
| Nama penuh | 徐懷雯 |
| Tarikh lahir | 2 Ogos 1975 (37 tahun) |
| Tempat lahir | |
| Perseorangan Wanita | |
| Negara | |
| Tangan kegemaran |
Kanan |
| Ranking terkini | 9 (26 Jun 2008) |
| BWF ID: 5949 | |
Xu Huaiwen (Cina Ringkas: 徐怀雯; Cina Tradisional: 徐懷雯; pinyin: Xú Huáiwén; lahir 2 Ogos 1975) merupakan pemain badminton profesional wanita dari Jerman. Xu dilahirkan di Guiyang, Guizhou, Republik Rakyat China.
Isi kandungan |
Karier [sunting]
Sukan Olimpik 2004 [sunting]
Xu beraksi di Sukan Olimpik 2004, tetapi ditewaskan oleh Zhou Mi dari Republik Rakyat China pada pusingan kedua.
2006 [sunting]
2006 bermula dengan tahun kejayaan buat Xu. Pada Januari 2006, beliau memenangi kejuaraan Terbuka Swiss. Pada bulan April pula, beliau memenangi Kejohanan Badminton Eropah menerusi acara perseorangan wanita, menewaskan Mia Audina dari Belanda pada pusingan akhir.
Xu ditewaskan oleh Xie Xingfang dari China pada perlawanan separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia 2006 di Madrid, Sepanyol.
2007 [sunting]
Pada tahun 2007, beliau beraksi di Kejohanan Badminton Dunia, dan ditewaskan oleh Lu Lan, dari China, 9-21, 21-12, 16-21 pada perlawanan suku akhir.