Yahudi Arab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seorang Yahudi Yaman pada 1914

Yahudi Arab (Arab: اليهود العرب [Al-Yahūd al-`Arab] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), Ibrani: יהודים ערבים [Yehudim `Aravim] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) ialah istilah berkontroversi yang merujuk kepada orang Yahudi yang tinggal di Dunia Arab, atau umat Yahudi yang berbangsa Arab.[1]

Istilah ini kadangkala digunakan pada awal abad ke-20, semasa Dunia Arab mempunyai bilangan Yahudi seramai kira-kira 1 juta orang, yang cuba mendapat penerimaan di negara-negara Arab baharu di sana. Kebanyakan orang ini telah berpindah ke Israel dan Eropah Barat, dan sebahagian kecil daripadanya ke Amerika Syarikat dan Amerika Selatan. Mereka lazimnya berbahasa Arab, mempunyai salah satu jenis Bahasa Arab (lihat juga Bahasa-bahasa Judæo-Arab) sebagai bahasa utama komuniti, dengan Bahasa Ibrani disimpan sebagai sebuah bahasa liturgi.

Sejak pengasasan Negeri Israel, penggunaan istilah ini banyak berkurang dan digantikan dengan istilah Yahudi Sephard dan Yahudi Mizrah. Pada zaman kini, sesetengah cendekiawan – seperti Ella Shohat, seorang cendekiawan Timur Tengah di Universiti New York, David Shasha, Pengarah Pusat Warisan Sephradik, dan Amiel Alcalay, seorang profesor di Kolej Queen di New York – selama ini menitikberatkan kepentingan identiti mereka sebagai Yahudi Arab.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Salim Tamari. "Ishaq al-Shami and the Predicament of the Arab Jew in Palestine" (PDF). Jerusalem Quarterly. Dicapai pada 2007-08-23.
  2. ^ Lynne Vittorio (16 Oktober 2002). "The Jews of the Arab World: A Community Unto Itself". Aramica. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-03-13. Dicapai pada 2007-08-22.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]