Yasser Al-Qahtani
| Maklumat peribadi | |||
|---|---|---|---|
| Nama penuh | Yasser Al Qahtani | ||
| Tarikh lahir | 20 Oktober 1982 (30 tahun) | ||
| Tempat lahir | Riyadh, Arab Saudi | ||
| Tinggi | 1.67 m (5 ka 511⁄16 in) | ||
| Posisi permainan | Penyerang | ||
| Maklumat kelab | |||
| Kelab terkini | Al-Hilal | ||
| Nombor | 20 | ||
| Kerjaya remaja | |||
| 2000-2003 | Al-Qadisiya | ||
| Kerjaya senior* | |||
| Tahun | Pasukan | Kmncln† | (Gol)† |
| 2003–2005 2005-kini |
Al-Qadisiya Al-Hilal |
31(23) |
|
| Pasukan kebangsaan‡ | |||
| 2002-kini | 54 (44) | ||
| * Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 25 disember 2006. † Kemunculan (Gol). |
|||
Yasser Al-Qahtani (Bahasa Arab: ياسر القحطاني) (lahir 20 Oktober 1982) merupakan seorang pemain bola sepak Arab Saudi, digelar "The Sniper" dan "Robin Hood". Beliau merupakan kapten pasukan bola sepak kebangsaan Arab Saudi dan sedang bermain untuk Al-Hilal.
Dalam tahun 2005, beliau berpindah dari kelab Al-Qadisiya ke kelab Al-Hilal dengan rekod perpindahan sebanyak 23 juta Saudi Riyal (5.33 juta USD).
Beliau telah bermain di Piala Dunia FIFA 2006 di mana beliau telah menjaringkan satu gol terhadap Tunisia dan juga dalam Piala Asia 2007 di mana beliau telah dianugerahkan dengan Anugerah Penjaring Terbanyak Kejohanan. Kemahirannya termasuklah kebolehan untuk mengacah di sekiling pemain lawan, lari sangat laju dan boleh menjaringkan gol menerusi tandukan.
Al-Qahtani diletakkan pada tangga ke-6 Penjaring Terbanyak Dunia 2007 oleh International Federation of Football History & Statistics.
Al-Qahtani berminat untuk menyertani kelab utama di Eropah. Kedua-dua jurulatih kelab dan negaranya kagum dengan persembahannya pada Piala Asia 2007 di mana dia merupakan kapten Arab Saudi yang paling muda dalam sejarah, membantu pasukannya ke perlawanan akhir dan menjadi penjaring terbanyak dalam kejohanan tersebut.
Pada November 2007, beliau telah ditawarkan oleh kelab Chelsea untuk menghadiri ujian pemilihan selama dua minggu di London