Yayasan Al-Ijabah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Yayasan Al-Ijabah merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang didaftarkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (PPAB-02/2006) di mana ia menyediakan kemudahan asrama serta persekolahan bagi anak-anak yatim, anak orang susah/fakir serta anak mualaf. Yayasan ini ditubuhkan pada pertengahan tahun 2006 dan sesi pengambilan pertama anak-anak ialah pada September 2006 iaitu seramai 15 orang. Sehingga kini tahun 2009 setelah hampir 3 tahun beroperasi, asrama yang diberi nama Rumah Ijabah Anak Yatim & Al-Hafiz ini boleh menampung kurang daripada 70 orang kanak-kanak sahaja. Jumlah tersebut dikekalkan mengikut kemampuan kewangan yang sedia ada. Setakat ini, oleh kerana kawasan serta asrama di Puchong yang ada agak terhad, maka asrama untuk pelajar perempuan telah di tempatkan di USJ 4, Subang Jaya.

Yayasan ini bukan sahaja membela nasib anak-anak yatim, tetapi juga memastikan anak-anak ini dididik dan diasuh dengan disiplin meliputi fizikal, mental dan rohani. Yayasan ini berharap agar anak-anak ini cemerlang dalam bidang pendidikan terutama menjadi Al-Hafiz sehingga ke peringkat tertinggi dan pada masa yang sama memiliki akhlak dan tingkah laku terpuji. Justeru mereka ini boleh menjadi harapan bukan sahaja keluarga bahkan pada agama, bangsa dan negara.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Memberi perlindungan, bimbingan, pendidikan kepada anak-anak yatim.
  • Melahirkan generasi anak-anak yatim yang seimbang antara tuntutan rohani dan jasmani.
  • Menjadikan generasi orang muslim yang bukan sahaja berilmu dan beramal malah mengimplikasikannya kepada masyarakat keseluruhannya.
  • Menjadikan mereka contoh serta harapan pada keluarga seterusnya agama, bangsa dan negara.

Matlamat[sunting | sunting sumber]

Melahirkan anak-anak yatim Al-Hafiz yang cemerlang, gemilang dan terbilang dari segala sudut samada rohani dan jasmani.

Anak-anak yatim adalah merupakan golongan manusia dan generasi yang amat memerlukan bantuan dan belaian kasih sayang serta perhatian daripada semua lapisan masyarakat, khususnya mereka yang diberikan oleh Allah kesenangan dan kelapangan masa serta tenaga bagi tujuan memdidik dan mengasuh. Ini adalah kerana anak-anak ini bukan sahaja kehilangan orang yang mereka sayangi tetapi juga tidak mendapat kasih sayang dan kemudahan-kemudahan yang perlu ada bagi kanak-kanak seusia mereka. Mereka perlu dibantu dari segi persekolahan dan pembelajaran, makan-minum, pengurusan dan sebagainya.

Sumbangan dan derma ikhlas boleh diberi dengan mengisi borang derma serta nyatakan nama dan alamat lengkap untuk pengiriman resit resmi (pengecualian cukai pendapatan)


Pengambilan Penghuni Baru[sunting | sunting sumber]

Syarat-syarat kemasukan ialah:-

  • Ayah meninggal dunia dan ada surat kematian atau kedua-duanya
  • Anak Lelaki berumur 10 dan 11 tahun.
  • Tahap pelajaran baik dan memuaskan.
  • Datang dari keluarga yang miskin
  • Mempunyai kesihatan yang baik

Proses-proses kemasukan[sunting | sunting sumber]

  • Isi borang kemasukan dan sertakan sekali salinan surat kematian bapa, sijil beranak, buku laporan sekolah dan kad kesihatan (dari sekolah).
  • Ibu/penjaga dan anak akan dipanggil untuk ditemuduga.
  • Sekiranya terpilih, pihak pengurusan memberi surat tawaran kemasukan dan juga surat kepada guru besar sekolah asal. Sekolah akan menyediakan surat pertukaran untuk diberikan kepada ibu/penjaga.
  • Surat pertukaran dari sekolah lama sebanyak 4 salinan diberi kepada pihak kami untuk kami uruskan pertukaran dengan pihak Kementerian Pelajaran WilayahPersekutuan.
  • Setelah kelulusan dari Kementerian Pelajaran, pihak kami akan mengeluarkan surat untuk pendaftaran kemasukan ke asrama ini.
  • Ibu/penjaga diminta membawa pakaian harian, keperluan harian (jika ada) dan uniform sekolah yang sedia ada.
  • Tiada apa-apa bayaran kemasukan dikenakan.

Sumbangan[sunting | sunting sumber]

Rumah Ijabah Anak Yatim & Al-Hafiz mengalu-alukan dan menerima sebarang bentuk bantuan untuk anak-anak ini. Contoh barang keperluan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Makanan seperti beras, biskut, gula, susu, sardin dan lain-lain
  • Alat tulis, pakaian seragam, beg sekolah dan lain-lain
  • Sabun, berus gigi, ubat gigi, syampu, sabun pencuci dan lain-lain
  • Pakaian (Baru atau Terpakai)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]