Subang Jaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Subang Jaya
سوبڠ جاي

Lambang
Negara Malaysia
Negeri Selangor
Penubuhan 1974
Taraf Perbandaran 1997
Kerajaan
 • Ditadbir oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya
Zon waktu MST (UTC+8)

Subang Jaya ialah sebuah bandar yang terletak di daerah Petaling, Selangor, Malaysia, dalam kawasan Lembah Kelang. UEP Subang Jaya, Putra Heights dan Batu Tiga adalah terletak di bandar Subang Jaya. Dalam 2010, Subang Jaya adalah bandar yang terdapat paling banyak penduduk di Malaysia dengan populasi 1,553,589 penduduk memenangi Kuala Lumpur (1,475,337 penduduk).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Subang Jaya dibangunkan oleh Sime UEP Berhad, bahagian pembangunan hartanah konglomerat Malaysia Sime Darby Berhad yang diketuai oleh Dato' Syed Abdul Bari Shahabudin. Dahulunya, tanahnya dijadikan ladang kelapa sawit bernama Seafield Estate. Kerja pembangunan Subang Jaya bermula pada 1974 dan siap pada 1988. Sejurus selepas itu, Sime UEP mula membuka tanah untuk membina USJ.

Pada 1997, Subang Jaya dianugerahkan status perbandarannya sendiri (municipality), yang mana Subang Jaya telah dipindahkan daripada pihak berkuasa tempatan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) ke Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). MPSJ yang baru ditubuhkan, bukan sahaja memegang kuasa pentadbiran tempatan di Subang Jaya, malah juga di USJ, Bandar Sunway, Puchong dan tempat-tempat lain di daerah Petaling.Ia telah ditubuhkan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) di bawah Seksyen 4 melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor No: 26 bertarikh 2 Januari 1997 berikutan eksesais kenaikan taraf dari Majlis Daerah Petaling.

Prasarana[sunting | sunting sumber]

Setelah sekian lama, Subang Jaya berjaya dibangunkan sebagai satu komuniti yang dilengkapi dengan kemudahan secara baiknya. Dalam perbandaran ini terdapat banyak sekolah, kolej, hospital Pusat Perubatan Subang Jaya, tempat ibadat dan pusat komersial. Kompleks beli-belah seperti Subang Parade dan ÆON BiG menjadi tumpuan utama pembeli tempatan. Di USJ, The Summit, Mydin dan Giant turut menyediakan alternatif kepada penduduk UEP Subang Jaya.

Subang Jaya dihubungkan erat dengan bandaraya Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam serta Bandar Sunway dan Klang melalui serangkaian lebuh raya, iaitu Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Shah Alam, Lebuhraya Lembah Klang Baru, Lebuhraya Pantai Baru, Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah, dan Lebuhraya Damansara-Puchong. Subang Jaya juga dihubungkan KTM Komuter. Oleh sebab capaian yang tinggi, kemudahan yang terbanyak dan lokasi yang strategik, permintaan untuk hartanah di Subang Jaya meningkat, mengakibatkan harga naik.

Subang Jaya dikenali sebagai kawasan institusi pengajian tinggi, di mana terletaknya kolej swasta yang masyhur seperti Kolej Tayor's, Kolej Inti, Kolej Metropolitan, Universiti Monash, Kolej Segi serta Kolej Universiti Sunway. Ini merupakan punca utama perumahan di kawasan itu, terutamanya di SS15, dijadikan penginapan bagi para penuntut. Pejabat-pejabat yang menawarkan perkhidmatan penuntut juga didirikan di situ.

Pada Mei 2007, terdapat satu cadangan untuk meluaskan liputan landasan LRT ke kawasan Subang Jaya dengan menyambungkan Aliran Kelana Jaya ke kawasan-kawasan stesen KTM Komuter Subang Jaya, SS14, SS15, SS16, Bandar Sunway, USJ 1 dan USJ 8 sebagai peruntukan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9.[1]

Perindustrian[sunting | sunting sumber]

  • Taman Industri PJS 11
  • Taman Subang Industri SS13
  • Taman Industri Sime UEP
  • Taman Industri Subang (USJ 1)
  • Taman Industri Sungai Penaga (USJ 1)
  • Taman Industri Ultramine (USJ 1)
  • Taman Industri Subang Mewah (USJ 1)
  • Taman Industri USJ 7
  • Taman Industri USJ 19
  • Taman Industri Subang Hi-Tech

Ribut 2006[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Mac 2006 satu ribut hujan batu seakan-akan taufan melanda di Subang Jaya. Ini merupakan bencana ribut terburuk pernah dialami oleh penduduk kawasan tersebut, terutamanya SS13, SS14, SS15 dan SS17 yang teruk terjejas.

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]