Yayasan Amal Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yayasan Amal Malaysia
يايسن عمل مليسيا
Kerangka
Jenis/bentuk sahyayasan
No. pendaftaranPPM-014-10-30052001
Anggota bagiPersekutuan Antarabangsa untuk Bantuan dan Pembangunan, Aid4Palestine Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.amalmalaysia.org.my
Sejarah
Ditubuhkan (2001-05-30) 30 Mei 2001 (umur 22)
Pengurusan
PresidenHussin Ismail
GabunganPersekutuan Antarabangsa untuk Bantuan dan Pembangunan (IFRD)
Aid4Palestine
Lokasi
Ibu pejabatKampung Labohan Dagang, Banting, Selangor, Malaysia
Lokasi
AsalanMalaysia
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Yayasan Amal Malaysia (Jawi: يايسن عمل مليسيا,) ialah sebuah pertubuhan di Malaysia yang menawarkan khidmat kebajikan, kemasyarakatan dan misi kemanusiaan. Yayasan ini mula ditubuhkan pada 2001[1] dan diasaskan oleh Presidennya, Senator Hussin Ismail[2][3].

Yayasan Amal Malaysia telah terlibat di dalam misi bantuan kemanusiaan antarabangsa pada tahun 2004 di Acheh ketika bencana tsunami. Bantuan yang disampaikan oleh Yayasan Amal Malaysia ketika itu ialah khidmat perubatan melalui Hospital Lapangan di Meolaboh.

Pada tahun 2005, Yayasan Amal Malaysia telah terlibat menghantar bantuan perubatan dan makanan ke kawasan bencana gempa bumi di Balakot, Pakistan.

Yayasan Amal Malaysia juga pernah menyampaikan sumbangan rakyat Malaysia kepada masyarakat Lubnan yang dilanda bencana perang ketika itu.

Pada tahun 2007, Yayasan Amal Malaysia terus mengorak langkah di dalam bantuan kemanusiaan antarabangsa ke kawasan terdekat, di Bangkulu Sumatera (Gempa Bumi), di Kemboja dan di Johor (Banjir).

Bermula tahun 2008, Yayasan Amal Malaysia mula menyampaikan bantuan kemanusiaan melalui khidmat wakalah korban di Sri Lanka.

Pada tahun 2009, khidmat wakalah korban diteruskan di Kemboja.

Pada Februari tahun 2010, Yayasan Amal Malaysia selangkah lagi di dalam khidmat kemanusiaan dengan menyediakan khidmat telaga tube kepada penduduk Gaza, Palestin serta bantuan pendidikan. Pada tahun ini juga Yayasan Amal Malaysia telah menyampai bantuan di kebanyakan lokasi di dunia iaitu di Kepulauan Mentawai Indonesia, banjir di Pakistan, khidmat wakalah korban di Khartoum Sudan, dan bantuan kemanusiaan di Vietnam.

Pada tahun 2010, Pusat Dakwah Serantau telah diasaskan oleh Yayasan Amal Malaysia di bawah pantauan Allahyarham Tuan Guru Dr. Haron Din. Pusat Dakwah Serantau berperanan besar dalam mendidik pelajar di dalam bidang dakwah melalui kemanusiaan. Sehingga kini, Pusat Dakwah Serantau telah berjaya melahirkan lebih daripada 200 orang Daie Lapangan yang berkhidmat di kawasan pedalaman Malaysia. Pusat Dakwah Serantau beroperasi di sebuah rumah yang diwakafkan oleh seorang individu.

Bermula 10 Julai 2011, Yayasan Amal Malaysia telah memulakan langkah berkolaborasi di dalam pakatan kebajikan dan kemanusiaan bersama NGO-NGO antarabangsa di dalam The Forum of the International Islamic Charity NGO's (FIISCO) di Pulau Langkawi. Usaha ini pada akhirnya telah berjaya menubuhkan sebuah badan koordinasi kebajikan di peringkat antarabangsa bernama International Federation for Relief & Development (IFRD). IFRD dianggotai oleh 10 buah NGO dari 10 buah negara Islam di dunia iaitu, Mesir, Sudan, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, Turkiye, Malaysia, Filipina, Indonesia, dan India.

Bermula tahun 2011 juga, Yayasan Amal Malaysia telah mula menumpukan khidmat kemanusiaan di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Pusat Komuniti serta Surau Amal telah dibina untuk kegiatan Daie Lapangan di kawasan pedalaman.

Pada tahun 2014, Yayasan Amal Malaysia telah menjenamakan khidmat wakalah korban mereka dengan nama AmalQurban. AmalQurban menawarkan khidmat wakalah korban untuk masyarakat Islam Malaysia, Singapura, dan Brunei supaya dapat disampaikan kepada masyarakat Muslim di negara yang ditimpa bencana perang dan kemiskinan.

Pada tahun 2015, semua ahli Yayasan Amal Malaysia telah bersepakat untuk membuat anjakan paradigma ke arah pengurusan yang baik dan professional di dalam Deklarasi Jugra.

Awal tahun 2016, Yayasan Amal Malaysia telah memindahkan pejabat besarnya dari Batu Caves ke Sungai Merab Luar, Kajang iaitu di bangunan sama Pusat Dakwah Serantau beroperasi.

Pada tahun 2017, dunia telah menyaksikan kejadian pembunuhan etnik Rohingya besar-besaran di Rakhine yang telah mengakibatkan kemasukan besar-besaran pelarian Rohingya di Malaysia. Yayasan Amal Malaysia telah memainkan peranan besar berkerjasama dengan kerajaan Malaysia untuk mengadakan Konferens Antarabangsa untuk Rohingya. Lanjutan daripada konferens tersebut, satu misi kemanusiaan menghantar makanan ke kawasan pelarian rohingya yang menatijahkan kesedaran antarabangsa terhadap isu kemanusiaan Rohingya.

Pada tahun 2018, Yayasan Amal Malaysia telah menganjurkan sebuah Konferens Antarabangsa untuk Marawi. Marawi merupakan sebuah bandar yang telah dimusnahkan akibat peperangan ISIS dengan kerjaan FIlipina. Kesannya telah mengakibatkan semua penduduk Marawi telah terusir amat memerlukan bantuan serta perhatian dunia.

Pada tahun 2020, Yayasan Amal Malaysia menganjurkan sebuah pertemuan antara NGO-NGO pergerakan dakwah di kawasan nusantara. Pertemuan tersebut telah diadakan di Hotel UKM di dalam sebuah majlis Muktamar Dakwah Nusantara bertujuan untuk menyelaras kesatuan dan saling kerjasama dalam usaha dakwah.

Tahun 2020, Malaysia telah dilanda pandemik COVID19 yang mengakibatkan ramai masyarakat Malaysia kehilangan sumber rezeki. Yayasan Amal Malaysia telah menubuhkan sebuah Pusat Komuniti di Kuala Lumpur untuk membekalkan makanan siap masak kepada komuniti Chow Kit. Pusat Komuniti Warung Makan Sahabat juga telah berkerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyelaraskan bantuan makanan secara teratur tanpa pembaziran.

Pada tahun 2022, pejabat operasi Yayasan Amal Malaysia telah berpindah ke Kompleks Yayasan Amal Malaysia di Labohan Dagang Banting Selangor.

Isu dan tengkarah[sunting | sunting sumber]

Halangan berprogram di Sarawak[sunting | sunting sumber]

Sebuah program anjuran Yayasan Amal Malaysia, 'Program Ziarah Dakwah Mahabbah & Amal Kebajikan' yang dijadualkan diadakan di Belaga telah dihentikan oleh kerajaan negeri Sarawak pada 2014. Keputusan tersebut dibuat kerajaan negeri selepas mengambil kira semua isu berbangkit yang mungkin timbul sekiranya program tersebut diadakan khusunya dalam isu mempromosikan Islam kepada orang ramai tanpa kebenaran daripada Majlis Agama Islam Sarawak.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kejayaan Yayasan Amal Untuk Semua Pemuda". Buletin Online. 15 November 2012. Dicapai pada 5 Julai 2023.
  2. ^ Rosalinda Md Said (20 Ogos 2020). "Presiden Yayasan Amal Malaysia, Tokoh Maal Hijrah Terengganu". Utusan Malaysia. Dicapai pada 5 Julai 2023.
  3. ^ "Presiden Yayasan Amal dilantik Ahli Dewan Negara". Harakahdaily. 15 Mac 2023. Dicapai pada 5 Julai 2023.