Hussin Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berhormat Senator Tuan Haji

Hussin Ismail
Ahli Dewan Negara
Dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu
Memegang jawatan
16 Mac 2023
Pengerusi Tetap Parti Islam Se-Malaysia
Memegang jawatan
2015
Didahului olehDato’ Abu Kassim Abdullah
Presiden Yayasan Amal Malaysia
Memegang jawatan
2001
TimbalanJamuliddin Elias
Didahului olehjawatan baharu
Butiran peribadi
Lahir1955
Marang, Terengganu
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganRosemunainah Noor Asmuni
Anak-anak9 orang
Siti Nuur Izzati Hussin
Mohd Saifullah Hussin
Mohd Fakhrurrazi Hussin
Siti Fatimatuzzahra Hussin
Siti Nuur Nazifah Hussin
Mohd Iqbal Hussin
Mohd Zulqornain Hussin
Mohd Khidhir Hussin
Mohd Danial Hussin
PekerjaanAhli politik. Aktivis kemanusiaan

Yang Berhormat Senator Tuan Haji Hussin Ismail ialah seorang aktivis kemanusiaan di Malaysia kelahiran Terengganu. Beliau merupakan pengasas dan Presiden Yayasan Amal Malaysia sejak ditubuhkan pada 2001. Beliau turut mengasaskan rangkaian sekolah tahfiz, Akademi Al-Quran Amalillah pada 2017. Beliau telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Terengganu pada 2020[1]. Beliau juga merupakan Pengerusi Tetap Muktamar Tahunan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sejak 2015[2].

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Hussin Ismail dilahirkan pada 1955 di Marang, Terengganu. Beliau mendirikan rumahtangga dengan Rosemunainah Noor Asmuni, dan dikurniakan sembilan anak dan kesemua mereka adalah penghafaz al-Quran[1][3].

Beliau mendapat pengajian menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, Kuala Terengganu selama tiga tahun (1968-1970). Selepas menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), dia melanjutkan persekolahan ke tingkatan empat di Sekolah Menengah Alam Shah, Cheras sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat universiti[4].

Beliau memulakan kerjaya awal sebagai guru sains di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan di Kuala Berang, Hulu Terengganu, kemudian meneruskan kerjayanya dalam bidang korporat[5].

Kemanusiaan[sunting | sunting sumber]

Beliau telah terlibat dalam pertubuhan bukan kerajaan sejak 1973 dan telah mengetuai pelbagai program-program di peringkat antarabangsa antaranya misi dakwah bukan Islam di rantau Afrika dan pembangunan semula Marawi di selatan Filipina[5]. Di peringkat antarabangsa, beliau turut menjadi Presiden Persekutuan Antarabangsa bagi Bantuan dan Pembangunan (IFRD), sebuah badan yang dibentuk oleh pertubuhan kemanusiaan dari 10 buah negara[6].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Rahayu Mustafa (20 Ogos 2020). "Presiden Yayasan Amal Malaysia penerima Tokoh Maal Hijrah Terengganu". Sinar Harian. Dicapai pada 20 November 2021.
  2. ^ Bernama (Mei 20, 2015). "Senarai calon bertanding pemilihan PAS 2015-2017". Astro Awani. Dicapai pada 20 November 2021.
  3. ^ Helmy Abd Rahman (September 20, 2019). "9 anak jadi hafiz". Harian Metro. Dicapai pada 20 November 2021.
  4. ^ Zaid Salim (Ogos 20, 2020). "Dua tokoh bertemu semula selepas 50 tahun". Harian Metro. Dicapai pada 20 November 2021.
  5. ^ a b Rosalinda Md Said (20 Ogos 2020). "Presiden Yayasan Amal Malaysia, Tokoh Maal Hijrah Terengganu". Utusan Malaysia. Dicapai pada 20 November 2021.
  6. ^ "Terengganu Tuan Rumah Bincang Kesengsaraan Marawi". TRDI. 18 Julai 2019. Dicapai pada 20 November 2021.