Yubazlan bin Yusof

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yubazlan bin Haji Yusof
Duta Besar Malaysia ke Azerbaijan
Memegang jawatan
7 November 2018
RajaSultan Nazrin Muizzuddin Shah
Sultan Muhammad V
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah al-haj
Didahului olehRoslan bin Abdul Rahman
Konsul Jeneral Malaysia di Dubai
Dalam jawatan
Januari 2016 – 2018
RajaTuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah
Sultan Muhammad V
Butiran peribadi
LahirYubazlan bin Yusof
(1972-08-01) 1 Ogos 1972 (umur 51)
Malaysia
Anak-anak3 lelaki dan 1 perempuan
PendidikanUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (B.B.A.)

Yubazlan bin Haji Yusof (lahir 1 Ogos 1972) ialah Duta Besar Malaysia ke Azerbaijan yang sekarang. Beliau berkhidmat sebagai Konsul Jeneral Malaysia di Dubai dari tahun 2016 hingga 2018.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Yubazlan mula melanjutkan pengajian tinggi di Institute of Diplomacy and Foreign Relations (IDFR) dan menerima Diploma dalam Diplomasi pada tahun 1998. Pada tahun 1998 juga, beliau memperoleh Diploma dalam Pengurusan Awam dari Institut Tadbiran Awam Negara. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau kemudian melanjutkan pengajian di Universiti Hiroshima, Jepun dengan Sarjana Sastera dalam Hubungan Antarabangsa pada tahun 2010.[1]

Diplomasi[sunting | sunting sumber]

Yubazlan mula berkhidmat sebagai pegawai Pentadbiran dan Diplomasi di Kementerian Luar Negeri Malaysia pada tahun 1996. Pada tahun 1996, beliau berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha (Pembangunan). Beliau juga berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha (Perkhidmatan dan Perjawatan) dari tahun 1999 hingga tahun 2000, Setiausaha Kedua di Kedutaan Malaysia di Lima, Peru dari tahun 2000 hingga tahun 2004. Beliau kemudiannya kembali berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha (Pengurusan Sumber Manusia) di Kementerian Luar Negeri pada tahun 2004.[2]

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Sumber Manusia) dari tahun 2004 hingga tahun 2007, Ketua Penolong Setiausaha (Inspektoral) dari tahun 2010 hingga tahun 2011 dan Menteri Penasihat di Kedutaan Malaysia di Belgrade, Serbia dari tahun 2011 hingga tahun 2016.[3]

Beliau mula memegang jawatan besar dan utama sebagai Konsul Jeneral Malaysia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu dari bulan Januari 2016 hingga tahun 2018. Beliau kini berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Azerbaijan yang kedua setelah dikurniakan watikan pelantikan daripada Pemangku Yang di-Pertuan Agong pada bulan November 2018.[4]

Darjah kebesaran[sunting | sunting sumber]

  • Ahli Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (Al-Ibrahimi V) (ASK)
  • Bentara Setia Mahkota Kelantan (BSK) pada tahun 2014.
  • Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Dato'.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Curriculum Vitae" (PDF). www.visokaturisticka.edu.rs. Dicapai pada 11 Februari 2019.
  2. ^ "Pelantikan Ketua-ketua Perwakilan Malaysia yang Baharu". Kementerian Luar Negeri Malaysia. 7 November 2018. Dicapai pada 11 Februari 2019.
  3. ^ "Head of Mission". Kementerian Luar Negeri Malaysia. Dicapai pada 11 Februari 2019.
  4. ^ Azura Abas (7 November 2018). "Three new heads of mission receive letters of credence". New Straits Times. Dicapai pada 11 Februari 2019.
Jawatan diplomatik
Didahului oleh
Roslan bin Abdul Rahman
Duta Besar Malaysia ke Azerbaijan
2018 – kini
Pemegang jawatan kini

Templat:Duta Besar Malaysia ke Azerbaijan Templat:Konsul Jeneral Malaysia di Dubai