Zamri Hashim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dato' Haji

Zamri Hashim

D.P.M.P.
Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Perak
Memegang jawatan
2008
Mufti
Didahului olehPenyandang sulung
Pengerusi Majlis Ulama
Ikatan Muslimin Malaysia
Memegang jawatan
2019
Didahului olehAznan Hasan
Butiran peribadi
Lahir (1971-09-14) 14 September 1971 (umur 52)
Bagan Datoh, Perak
Alma materUniversiti al-Azhar

Dato’ Haji Zamri Hashim ialah seorang ulama dan pegawai Islam di Malaysia. Beliau ialah Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Perak yang pertama dilantik sejak 2008 dan menjawat sehingga kini.[1] Beliau juga ialah Pengerusi Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (MUIS) sejak 2019.[2][3]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Zamri dilahirkan pada 14 September 1971 di Sungai Sumun, Bagan Datuk, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di SRK Khir Johari (1978-1983), SMK Agama Perak (1984-1986) dan SMA Persekutuan Labu, Negeri Sembilan (1987-1988). Beliau menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di SM Raja Perempuan Taayah pada 1989, sebelum melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda di Universiti al-Azhar, Mesir sehingga 1994. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Malaya sehingga 2011. Beliau turut mengambil Sijil Kursus Khas Pegawai Hal Ehwal Islam di London pada 2013.[4]

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

  •  Perak
    • Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P.) - Dato' (2019)[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mona Ahmad (24 Februari 2016). "Cedera dilanggar Ehab Taufik". BH. Dicapai pada 6 Disember 2023.
  2. ^ AMARUDIN, SHAMSUL KAMAL (2023-11-15). "Majlis Ulama ISMA minta konsert Coldplay dibatalkan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-06.
  3. ^ Admin (2019-10-01). "KENYATAAN MEDIA - BARISAN JAWATANKUASA MAJLIS ULAMA ISMA (MUIS) BAGI SESI 2019-2023". ISMA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-06.
  4. ^ Siti Mursyidah Hanis (2022). "Ketokohan S.S Dato' Haji Zamri Hashim". Dicapai pada 6 Disember 2023.
  5. ^ Ismail, Shaarani (2019-11-10). "KPN ketuai 19 penerima darjah kebesaran Perak". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-06.