Zoo (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Zoo
Zoo(poster01).jpg
Filem Zoo
Pengarah Azhari Mohd Zain
Penerbit David Teo
Lakonan Mazlan Pet Pet
Lisa Surihani
Bob Lokman
Angah Raja Lawak
Azlee Jaafar
Sinematografi Indra Che Muda
Studio MIG
Mula ditayang 1 Julai 2010
Tempoh ditayang 90 minit
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Malaysia

Zoo ialah sebuah filem bertemakan kehidupan manusia dan haiwan arahan , Azhari Mohd Zain yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 1 Julai 2010. Filem yang dibintangi oleh Mazlan Pet Pet, Lisa Surihani dan Azlee Jaafarini merupakan filem mengangkat tema kehidupan manusia dengan haiwan.


Plot [sunting]

ZOO merupakan sebuah filem komedi fantasi yang mengisahkan seorang jejaka bernama Lan yang mempunyai minat mendalam terhadap haiwan. Sikapnya yang ‘gila-gila’ membawa padah kepada dirinya apabila sering diberhentikan kerja. Pada suatu hari, ketika sedang menjual minuman di hadapan Zoo, Lan secara tidak sengaja masuk ke sessi temuduga yang dibuat oleh pengurus disitu, En. Din dan Lan mendapat jawatan tersebut. Dari saat itu bermulalah kisah Lan bersama haiwan-haiwan di zoo sebagai pengawal keselamatan.

Lan telah diperkenalkan kepada seorang lagi pekerja di situ iaitu Shila. Menurut Shila, ramai pengawal di situ telah lari selepas semalaman berkerja. Mereka mendakwa haiwan di zoo itu boleh bercakap tetapi Shila sendiri tidak mempercayainya. Lan yang mendengar cerita dari Shila bukan sahaja tidak mempercayainya malah telah mentertawakannya. Pelbagai insiden lucu yang berlaku pada hari pertama rondaan Lan di zoo tersebut. Lan sendiri melihat haiwan-haiwan di situ seperti singa, gajah, zirafah, monyet dan sebagainya bercakap dan menegur Lan.

Lan demam keesokan harinya. Lan menceritakan perkara tersebut kepada Shila dan En. Din tetapi mereka tidak mepercayainya. Begitu juga dengan Osman yang turut bekerja di situ tidak mempercayai kata-kata Lan. Osman pula pandai membodek En Din dan berlagak seperti pekerja yang baik dan boleh dipercayai. Pada suatu hari, zoo tersebut kecoh dengan kes kehilangan haiwan-haiwan exotic. Osman yang terkenal dengan sikap yang tidak disenangi telah menuduh Lan bersubahat dengan penjenayah mencuri haiwan-haiwan tersebut.

En Din yang percaya dengan semua tuduhan Osman itu telah memberi Lan surat amaran kepada Lan. Lan telah meminta pertolongan dari haiwan-haiwan itu untuk membuktikan dirinya tidak bersalah. Dari siasatan yang dibuat oleh Lan dan haiwan-haiwan di situ, mereka mendapati sindiket diketuai oleh Rain dan dibantu oleh Bad telah menyeludup haiwan-haiwan itu keluar tetapi ada orang dalam yang bersubahat.

Lan telah menamakan beberapa orang yang dicurigainya tetapi tiada bukti kukuh untuk menuduh mereka. Selang beberapa hari, zoo menjadi lebih kecoh apabila lebih banyak haiwan telah dicuri. Adakah Lan dapat membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah? Adakah tepat seperti yang didakwa oleh Lan terhadap “suspek-suspek’nya? Bagaimanakah haiwan-haiwan itu dan Lan sendiri dapat membantu antara satu sama lain? Saksikan ZOO untuk mengetahui kesudahannya.


Rujukan [sunting]


Pautan luar [sunting]