Lisa Surihani
| Lisa Surihani | |
|---|---|
| Latar belakang | |
| Nama lahir | Lisa Surihani binti Mohamed |
| Berasal dari | |
| Pekerjaan | Pelakon & Model Iklan |
| Tahun aktif | 1997 – sekarang |
| Label | Metrowealth Management |
Lisa Surihani binti Mohamed (lahir pada 23 Mac 1986 di Kuala Lumpur, Malaysia) adalah seorang pelakon, model & pengacara TV yang bergiat aktif di Malaysia. Lisa berkelulusan dalam bidang undang-undang daripada Kolej Universiti HELP dan Universiti Aberystwyth di Wales, United Kingdom. Lisa mempunyai ketinggian 160 sentimeter[perlu rujukan].
Kemunculan pertamanya di kaca TV adalah menerusi drama Gergasi di TV1 dan kemudian disusuli oleh drama Ayah Kami. Beliau berlakon dalam filem Goodbye Boys arahan Bernard Chauly dan paling dikenali sebagai pasangan layar paling serasi buat aktor popular, Farid Kamil. Pada 2008, beliau dianugerahkan sebagai Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem Malaysia ke 22 menerusi filem I'm Not Single dan dua tahun selepas itu memenangi anugerah utama Pelakon Wanita Terbaik (FFM) menerusi filem Lagenda Budak Setan. Kedua-duanya adalah filem gandingan beliau dan Farid.
Pada November 2012, Lisa telah melakonkan watak sebagai Tun Dr. Siti Hasmah, isteri kepada perdana menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam teater Tribute Tun Siti Hasmah yang diarahkan dengan jayanya oleh Erma Fatima. Pelakon lain yang turut menjayakan teater in termasuk Eja, Esma Danial dan Nazim Othman.
Isi kandungan |
[sunting] Perkahwinan
Lisa Surihani dan Yusry Abd Halim mengakhiri perhubungan cinta mereka dengan majlis pernikahan yang berlangsung selepas Asar pada 23 Februari 2012 di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya dan Majlis Resepsi berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari 2012. Sebelum ini mereka mengadakan sidang akhbar tentang perkahwinan mereka di Marriott Hotel & Spa, Putrajaya. Mereka tidak bertunang tetapi terus bernikah pada 23 Februari 2012.
Turut hadir ialah bapa Yusri, Abdul Halim , puan Zarina Fenner disertai abang sulung , Norman Abd Halim serta ibu Lisa, puan Siti Amira Ahmad.
[sunting] Filem
| Filem | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Judul & Arahan | Peranan | Nota |
| 2006 | Goodbye Boys
|
Lara
Watak pembantu
|
|
| 2008 | I'm Not Single | Maya Borhan
Watak utama
|
|
| 2009 | Jangan Pandang Belakang Congkak | Mustika Sudirman
Watak utama
|
|
| 2010 | V3 Samseng Jalanan | Kamsah
Watak Pembantu
|
|
| Semerah Cinta Stilleto | Siti Laila/Stilla
Watak utama
|
|
|
Lagenda Budak Setan
|
Ayu Sidaratul Dursina
Watak utama
|
|
|
Kapoww!!
|
Siti Nurhasnita
Watak utama
|
||
Zoo
|
Shila
Watak utama
|
||
| Jangan Pandang Belakang Congkak 2 | Mustika Sudirman
Watak utama
|
||
| 2011 | Sekali Lagi
|
Sheila
Watak utama
|
|
Ombak Rindu
|
Mila Amylia Rashdan
Watak utama
|
|
|
Papa, I Love You
|
Elly
Watak utama
|
||
| 2012 | Lagenda Budak Setan 2
|
Watak pembantu
|
|
| Cyber X: Ancaman Penggodam |
Watak utama
|
||
SAM (Saya Amat Mencintaimu)
|
Lisa
Watak utama
|
|
|
Istanbul Aku Datang
|
Dian
Watak utama
|
|
|
[sunting] Iklan
- Johnson&Johnson
- McDonald's
- Hotlink
- Rexona
- MyEG
- Lip Ice
- Garnier
- Honda Icon
[sunting] Anugerah
| Tahun | Anugerah |
|---|---|
| 2008 |
|
| 2010 |
|
| 2012 |
|
[sunting] Pautan
- Sinema Malaysia
- Profile Lisasurihani
- Lisa Surihani Official site
- Lisa Surihani Official forum
- Majlis Resepsi Lisa Surihani
| Anugerah dan pencapaian | ||
|---|---|---|
| Didahului oleh Natasha Hudson |
Malaysian Film Festival- Pelakon Harapan Wanita 2008 |
Diikuti oleh: Jaclyn Victor |
|
|||||