Đurđevdan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hari Saint George
Orthodox Bulgarian icon of St. George fighting the dragon.jpg
Ikon Saint George
Tarikh6 Mei

Đurđevdan (Ђурђевдан) dalam bahasa Serbia, Gergyovden dalam bahasa Bulgaria atau Jurjevo dalam bahasa Croatia dan bahasa Bosnia (Bahasa Serbia: Ђурђевдан "Hari George") ialah hari keagamaan puak Slav selatan yang disambut pada 23 April menurut kalendar Julian (6 Mei menurut kalendar Gregorian), yang merupakan pesta Saint George dan satu Slava yang penting. Saint George ialah santo yang paling penting untuk Gereja Ortodoks Timur. Synaxarium Kristian menganggap Georgios sebagai seorang martir yang rela mati demi mempertahankan agamanya. Beliau sering digambarkan sebagai seorang lelaki menunggang kuda yang sedang membunuh naga. Jurjevo disambut di kawasan desa Croatia, sebahagian besarnya di Turopolje dan Gornja Stubica, manakala Đurđevdan disambut di semua diaspora Serbia tetapi kebanyakannya di Serbia, Montenegro dan Bosnia Herzegovina. Dalam bahasa Croatia, santo ini dikenali dengan nama Juraj sementara dalam bahasa Serbia, beliau dipanggil Sveti Đorđe (Cyril: Свети Ђорђе) dan dalam bahasa Bulgaria - Sveti Georgi(Cyril: Свети Георги).

Di Croatia, versi katolik untuk Hari St. George, Jurjevo disambut pada 23 April menurut kalendar Gregorian. Tradisi ini biasanya disambut di bahagian utara Croatia, di kounti Zagreb. Menurut tradisi, hari ini menandakan permulaan musim bunga. Penggunaan unggun api pada malam sambutan adalah mirip dengan sambutan malam Walpurgis. Di Turopolje, Jurjevo disambut dengan elemen mitologi Slavik, di mana lima orang gadis paling cantik dipilih untuk memainkan watak dewi-dewi Dodola yang mengenakan pakaian daun dan menyanyi untuk kampung pada setiap hari sehingga berakhir perayaan.

Đurđevdan juga disambut oleh orang Gorani dari wilayah Gora di selatan Kosovo. Orang Gorani ialah orang Slav yang asalnya beragama Kristian Ortodoks dan menganut Islam pada kurun ke-18, tetapi masih mengekalkan beberapa tradisi Serbia-Kristian, termasuk Đurđevdan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]