(84522) 2002 TC302

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(84522) 2002 TC302
Penemuan[1]
Ditemui olehM. E. Brown,
C. A. Trujillo,
D. L. Rabinowitz(?)
Tarikh penemuan9 Oktober 2002
Designasi
Designasi planet minor(84522) 2002 TC302
Nama alternatiftiada
Kategori planet minorTNO (SDO)[2]
Resonan 2:5[3][4]
Ciri-ciri orbit
Epok 23 Julai 2010 (JD 2455400.5)
Afelion10 752 Gm
71.870 AU (Q)
Perihelion5 864.1 Gm
39.199 AU (q)
Paksi semimajor8 307.86 Gm
55.535 AU (a)
Kesipian0.29415
Tempoh orbit151 162 h
413.86 thn
Kelajuan purata orbit3.93 km/s
Min anomali318.100°
Kecondongan34.976°
Longitud nod menaik23.823°
Argumen perihelion85.975°
Ciri-ciri fizikal
Dimensi1145 +337
−325
km[5]
<1211 km[6]
Tempoh putaran5.41 j[7]
Albedo0.031+0.029
−0.012
[5]
0.051[6]
Jenis spektrum(merah) B-V=1.03; V-R=0.67[8]
Magnitud ketara20.5 (tentangan)[9]
Magnitud mutlak (H)3.78±0.53[10]

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

(84522) 2002 TC302 ialah sebuah objek trans-Neptun merah beresonans 2:5[3] besar yang telah ditemui oleh kumpulan Mike Brown di Balai Cerap Palomar pada 9 Oktober 2002.[1] Laman sesawang Mike Brown menyenaraikannya sebagai paling berkemungkinan sebuah planet kerdil,[11] dan cukup besar untuk disenaraikan sebagai salah satu planet kerdil di bawah cadangan draf 2006 oleh IAU,[12] walaupun IAU masih belum mengenalpastinya secara rasmi sebagai sebuah planet kerdil.

Berkemungkinan sebuah planet kerdil[sunting | sunting sumber]

2002 TC302 mempunyai magnitud mutlak (H) sebanyak 3.78,[10] dan Teleskop Angkasa Spitzer telah menganggarkan diameternya sebanyak 1145 +337
−325
km.[5] Ini melayakkannya untuk dikelaskan sebagai salah satu calon planet kerdil yang terbesar. Namun, Brown mengatakan bahawa pengukuran ini mempunyai kemungkinan kesilapan yang sangat besar dan objek ini berkemungkinan lebih kecil. Jadi, pada pendapatnya, kemungkinan objek ini menjadi sebuah planet kerdil adalah "sangat berkemungkinan" dan bukannya "kelihatan pasti".[11]

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Spektrum merahnya menunjukkan yang 2002 TC302 mempunyai jumlah ais yang baru yang sangat sedikit dan ini mungkin menjelaskan mengapa objek ini mempunyai albedo yang lebih rendah dariapda yang diramalkan iaitu 0.03. Misalnya, (55565) 2002 AW197 mempunyai albedo ramalan yang lebih tinggi (≈0.12) yang memberikannya magnitud mutlak yang lebih terang (H=3.3), tetapi diramalkan mempunyai saiz yang lebih kecil (≈730km).[5]

Perbandingan saiz antara 2002 TC302 dengan beberapa objek trans-Neptun yang lain.

Jangka masa putarannya berkemungkinan adalah 5.41 jam, dan ia mempunyai amplitud lengkung cahaya sebanyak 0.04±0.01 mag.[7]

Orbit[sunting | sunting sumber]

2002 TC302 akan mencapai perihelion pada 2058.[10] Titik perihelionnya (jarak minimum dari Matahari) adalah 39.1 AU dari Matahari, dan adalah sama dengan paksi semi-major (jarak purata dari Matahari) Pluto. Ia dikelaskan sebagai objek cakera terserak.[2][3]

Kerana orbit TNO mengelilingi Matahari adalah panjang, 2002 TC302 akan berada dalam tentangan pada hujung Oktober setiap tahun dengan magnitud mutlak sebanyak 20.5.[9]

Ia telah diperhatikan sebanyak 76 kali dalam jangka masa 9 tahun.[10]

Resonans[sunting | sunting sumber]

Pusat Planet Kerdil (MPC) dan Tinjauan Ekliptik Dalam (DES) menunjukkan yang calon planet kerdil ini berada di dalam beresonans 2:5 dengan Neptun.[3][4] Disebabkan resonans ini, ia melengkapkan 2 pusingan orbit setiap kali Neptun melengkapkan 5 pusingan orbitnya.

Sehingga tahun 2009, ia merupakan calon planet kerdil terbesar yang dikenalpasti tidak berada dengan resonans plutino dengan Neptun. (Plutino ialah objek yang berada dalam resonans pergerakan min 2:3 dengan Neptun. Dengan erti kata lain, sebuah plutino melengkapkan 2 pusingan orbit setiap kali Neptun melengkapkan 3 pusingan orbit)

Bingkai tetap

Satu bingkai tetap yang menunjukkan pergerakan 2002 TC302 relatif kepada Neptun yang tidak bergerak.
Beranimasi

Resonans 2:5 2002 TC302 (merah) dan resonans 2:3 Pluto (kelabu). Neptun tidak bergerak.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Marsden, Brian G. (2002-11-07). "MPEC 2002-V26 : 2002 TC302". IAU Minor Planet Center. Harvard-Smithsonian Center for Astrophysics. Dicapai pada 2010-01-06.
  2. ^ a b "List Of Centaurs and Scattered-Disk Objects". Minor Planet Center. Dicapai pada 2008-09-19.
  3. ^ a b c d Marc W. Buie (2007-09-16). "Orbit Fit and Astrometric record for 84522". SwRI (Space Science Department). Dicapai pada 2008-09-19.
  4. ^ a b "MPEC 2009-C70 :Distant Minor Planets (2009 FEB. 28.0 TT)". Minor Planet Center. 2009-02-10. Dicapai pada 2009-03-05.
  5. ^ a b c d John Stansberry, Will Grundy, Mike Brown, Dale Cruikshank, John Spencer, David Trilling, Jean-Luc Margot (2007). "Physical Properties of Kuiper Belt and Centaur Objects: Constraints from Spitzer Space Telescope". arXiv:astro-ph/0702538 [astro-ph].
  6. ^ a b Grundy, W. M. (2004). "Diverse albedos of small trans-neptunian objects". Icarus. 176: 22. arXiv:astro-ph/0502229. Bibcode:2005Icar..176..184G. doi:10.1016/j.icarus.2005.01.007. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  7. ^ a b Short-term variability of 10 trans-Neptunian objects
  8. ^ Tegler, Stephen C. (2006-01-26). "Kuiper Belt Object Magnitudes and Surface Colors". Dicapai pada 2006-11-05. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  9. ^ a b "(84522) 2002 TC302". Minor Planet Center. 2010-07-23 epoch. Dicapai pada 2010-10-24. Check date values in: |date= (bantuan)
  10. ^ a b c d "JPL Small-Body Database Browser: 84522 (2002 TC302)". 2009-10-25 last obs. Dicapai pada 2011-01-02. Check date values in: |date= (bantuan)
  11. ^ a b Michael E. Brown. "How many dwarf planets are there in the outer solar system? (updates daily)". California Institute of Technology. Dicapai pada 2011-08-25.
  12. ^ O. Gingerich (2006). "The Path to Defining Planets" (PDF). Harvard-Smithsonian Center for Astrophysics and IAU EC Planet Definition Committee chair. Dicapai pada 2007-03-13.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]