1-2-Switch

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
1-2-Switch
1-2-Switch.svg
PembangunAlphanim
PenerbitNintendo
PengeluarKouichi Kawamoto
PelantarNintendo Switch
Keluaran
  • WW: 3 Mac 2017
GenreParti
ModBerbilang pemain

1-2-Switch ialah sebuah permainan parti untuk pelantar Nintendo Switch yang telah dikeluarkan pada 3 Mac 2017 di seluruh dunia.[1] Permainan ini menggunakan alat kawalan Joy-Con secara meluas sambil para pemain berhadapan sesama sendiri melaksanakan pelbagai permainan mini.[2][3] Menjelang 2018, permainan ini telah terjual sebanyak dua juta salinan di seluruh dunia lantas menjadikannya salah satu permainan video terlaku di pelantar ini biarpun dengan sambutan yang bercampur-baur.

Permainan[sunting | sunting sumber]

1-2-Switch ialah sebuah permainan parti yang mana pemain-pemainnya selalunya tidak bergantung pada apa yang berlaku di layar. Sebaliknya, pemain menggunakan alamat bunyi dan kepenggunaan alat kawalan Joy-Con bagi bermain beberapa permainan yang berlainan. Ia menonjolkan 28 permainan mini yang berlainan yang kebanyakannya melibatkan dua orang pemain yang masing-masingnya menggunakan alat kawalan Joy-Con dan digalakkan saling berpandangan ketika bermain. Selain video didikan bagi setiap permainan, pemain juga selalunya bergantung sepenuhnya pada alamat bunyi dan maklum balas daripada deruman Joy-Con untuk menunjukkan betapa baiknya pemain memainkan setiap permainan.

Permainan mini[sunting | sunting sumber]

  • Air Guitar: Pemain perlu menggunakan alat kawalan Joy-Con mereka bagaikan memetik gitar udara mengikut rentak muzik rock.
  • Baby: Dimainkan dalam ragam Bimbit Switch, pemain perlu membuai seorang bayi yang menangis untuk menidurkan dan meletakkanya dengan perlahan-lahan ke bawah tanpa mengejutkannya.
  • Ball Count: Pemain perlu mengagak berapa banyak bola yang berguling-guling di dalam sebuah kotak dengan menggunakan ciri Rumble HD Joy-Con. Pemain perlu menyengetkan alat kawalan ketika alat kawalan berada di dalam telapak tangan. Mereka boleh menyorokkan tekaan mereka untuk menghalang pesaing daripada memilih nombor yang sama agar permainan seri.
  • Baseball: Seorang pemain memilih antara 2 pilihan balingan dan yang lain cuba untuk membuatkan pemain-pemain bergerak ke pangkalan.
  • Beach Flag: Pemain berjoging setempat agar menjadi yang pertama mencapai sehelai bendera. Alat kawalan bergetar apabila pemain tiba di kedudukan bendera, lantas pemain menaikkan alat kawalan untuk mengangkatnya.
  • Boxing Gym: Pemain mengikut arahan mengenai bagaimana hendak menumbuk yang mana pemain terpantas melakukan tumbukan yang paling tepat mendapat satu mata.
  • Copy Dance: Setiap pemain mengambil giliran menunjukkan 3 gaya tarian yang akan ditiru pemain lain seirama dan serentak dengan muzik. Pemain diberi mata berdasarkan ketepatan, tenaga, pemasaan dan gaya mereka.
  • Dance Off: Kedua-dua pemain perlu menari gaya bebas mengikut rentak yang sama dan dinilai berdasarkan ritma dan persembahan. Muzik tersebut mempunyai tempoh berhenti yang sebentar bilamana penari perlu mengekalkan kedudukan mereka.
  • Eating Contest: Sebuah permain pemain tunggal yang menggunakan kamera gerakan IR alat kawalan Joy-Con kanan. Pemain memegang alat kawalan tersebut beberapa jarak dari mulutnya dan membuat gerakan menggigit bagi mencuba memakan seberapa banyak sandwic maya yang boleh dalam jangka masa yang ditetapkan.
  • Fake Draw: Sejenis versi lain Quick Draw yang menonjolkan muzik lain, tema malam dan perkataan seperti "fly" dan "file" yang disebut sebelum "fire" sebagai helah kepada pemain agar tertembak awal lantas disingkirkan.
  • Gorilla: Pemain mendabik-dabik dada dalam suatu ritma tertentu. Kemudian, pemain mendabik-dabik dada mereka secepat mungkin.
  • Joy-Con Rotation: Pemain meletakkan alat kawalan Joy-Con di atas sebidang permukaan lalu mengambil giliran mengangkat dan memutarkannya dengan berhati-hati tanpa menggoncangkannya dengan terlalu banyak. Druman dan bunyi HD memberi amaran kepada pemain jika giliran mereka akan habis dengan pemain diberikan 5 tanda sebelum habis gilirannya. Pemenangnya ialah sesiapa yang paling banyak memutarkan alat kawalannya dalam tiga giliran.
  • Milk: Pemain perlu menggunakan gerak isyarat dan penekanan butang tertentu untuk memerah susu lembu maya dengan tujuan memerah lebih banyak jag susu berbanding pesaingnya.
  • Plate Spin: Pemain perlu menggunakan alat-alat kawalan Joy-Con mereka untuk menyeimbangkan sebiji pinggan maya yang mana ia perlu diputarkan jika keseimbangan tiada.
  • Quick Draw: Kedua-dua orang pemain perlu menghalakan alat kawalan mereka ke bawah dan sebaik sahaja diberikan arahan untuk menembak, mereka perlu membidik alat kawalan tersebut dan menembak sebelum pesaingnya seperti mana dalam pertarungan cerita koboi.
  • Runway: Pemain mendengar alamat bunyi-bunyian bagi berjalan mendada di atas sebatang landasan pentas sambil menggayakan lagaknya dengan cergas.
  • Safe Crack: Pemain perlu berlumba membuka sebuah peti besi dengan memutarkan dail menggunakan alat kawalan Joy-Con sambil mengambil perhatian akan hentakan daripada alat kawalan.
  • Samurai Training: Seorang pemain membuat gerakan hayunan dari atas kepala sambil pemain yang lagi satu menepukkan alat kawalannya sebagaimana perlakuan menangkap sebilah pedang dengan tangan kosong. Pemain mengambil giliran sehingga salah seorang pemain gagal menangkap pedang lawannya.
  • Shave: Pemain menggunakan alat kawalan Joy-Con sebagai pencukur elektrik sambil berlumba-lumba menjadi yang pertama mencukur janggut maya mereka sepenuhnya.
  • Signal Flags: Pemain mendengar kiu daripada juruhebah lelaki ataupun perempuan. Pemain perlu mengikut arahan daripada suara perempuan sambil berbuat yang bertentangan apa yang diarahkan suara lelaki.
  • Sneaky Dice: Berdasarkan Liar's dice, pemain menggunakan alat kawalan Joy-Con mereka sebagai sebuah cawan dan dadu. Pemain boleh menggoncang alat kawalannya untuk mengocok dadu ini dan boleh mengocok semula sehingga 3 kali. Apabila diangkat cawan tersebut, pemain dengan bilangan nombor tertinggi pada dadunya menang. Walau bagaimanapun, disebabkan bilangan nombor pada dadu seseorang pemain hanya boleh dikesan oleh pemain lawan melalui getaran, pemain boleh mencuba untuk menemberangi lawannya agar digoncang mereka cawan mereka agar akhirnya mereka mendapat nombor yang lebih rendah. Mendapati nombor berganda akan membolehkan pemain mendapat dua kali bilangan mata jumlah bilangan pada muka dadu (cth. 4 dan 4 memberikan pemain 16 mata) dan dua 1 menghasilkan 99 mata.
  • Soda Shake: Pemain menggoncang sebuah alat kawalan Joy-Con tunggal yang mewakili sebotol air soda dan mengedarkannya dengan tujuan agar tidak memegangnya semasa letupan gabusnya yang tidak boleh dielakkan.
  • Sword Fight: Pemain menggunakan alat kawalan Joy-Con sebagai pedang dan tahan menekan butang picu untuk berlindung lalu melepaskannya sambil menghayunkan alat kawalan untuk menyerang. Serangan menegak boleh ditahan dengan menghayun secara mendatar dan sebaliknya pula.
  • Table Tennis: Sebuah permainan ping pong yang mana pemain perlu mendengar tanda bunyi berirama untuk memukul bola ping pong. Pemain boleh mengelob (memukul tinggi) dan membuat smesy bagi mengubah arus permainan dan membuatkan lawannya tidak dapat lagi mengikut jejak permainannya.
  • Telephone: Pemain meletakkan alat kawalan Joy-Con mereka di atas sebidang permukaan dan perlu menjadi yang pertama mengangkat alat kawalan mereka apabila telefon berdering. Kadang-kadang, pemain diberi deringan tertentu untuk didengari.
  • Treasure Chest: Pemain memutarkan Joy-Con untuk menguraikan rantai-rantai yang mengelilingi sebuah peti harta karun.
  • Wizard: Pemain menggunakan alat kawalan Joy-Con sebagai tongkat sakti reka ganti dengan menggunakan gerak isyarat sambil menyerang balas sinaran magik yang berlagaan. Permainan dimulakan dengan melambaikan Joy-Con dalam suatu gerakan bulat di atas kepala pemain dan kemudiannya pemain-pemain perlu melunjurkan agar tenaganya bergerak lebih hampir ke arah lawan. Pembalasan boleh dibuat dengan suatu lunjuran segera selepas lunjuran lawan yang menggerakkan tenaga ini lebih jauh berbanding lunjuran biasa.
  • Zen: Pemain membuat lagak dengan Joy-Con berada di tangan sambil mencuba untuk kekal tidak bergerak.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Selepas Nintendo mengumumkan permainan ini di Persembahan Nintendo Switch 2017, Nintendo menunjukkan enam permainan mininya kepada umum.[2] Permainan ini juga didedahkan bagi menunjukkan kemampuan Joy-Con Nintendo melalui ciri Rumble HD dan Kamera Gerak Inframerah.[4]

Bagi mempromosikan Nintendo Switch dan permainan mininya berkenaan memerah susu, beberapa orang wakil Nintendo Amerika mengambil bahagian dalam pertandingan memerah susu lembu di sebuah ladang tenusu di Woodstock, Vermont.[5]

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Penerimaan
Markah agregat
PengagregatMarkah
Metacritic58/100[6]
Markah ulasan
PenerbitanMarkah
Destructoid4.5/10[7]
Game Informer4/10[8]
GameSpot6/10[9]
IGN6.8/10[10]
NintendoLife6/10 stars[11]
Nintendo World Report6.5/10[12]

Pra-pelancaran[sunting | sunting sumber]

Selepas pengeluaran treler permulaannya, beberapa pihak membandingkan permainan tersebut dengan siri WarioWare.[13][14] Ben Skipper daripada International Business Times mendapati sindiran seks dalam permainan tersebut.[15]

Beberapa pengulas mengkritik keputusan Nintendo mengeluarkan permainan ini berasingan dengan Nintendo Switch dengan memberikan alasan bahawa permainan ini lebih baik dijadikan pack-in game, seperti Wii Sports.[16][17][18] Cory Arnold daripada Destructoid pula mengkritik kekurangan ragam pemain tunggal sebenar dan menyatakan bahawa permainan mini dalam 1-2-Switch lebih teruk berbanding yang ditonjolkan dalam permainan Wii Sports. Beliau menyatakan pandangannya bahawa permainan-permainan mini dalam 1-2-Switch tiada kemajuan langsung.[19]

Pelancaran[sunting | sunting sumber]

1-2-Switch menerima ulasan "bercampur-baur atau purata" menurut pengagregat ulasan permainan video Metacritic.[6] Perbadanan hak asasi haiwan Amerika, PETA, dengan lantang menuduh Nintendo mengindahkan perbuatan memerah susu dalam permainan mininya.[20]

Menjelang April 2017, Nintendo melaporkan bahawa 1-2-Switch telah dihantar hampir sejuta salinan ke seluruh dunia.[21] Menjelang Mac 2018, bilangan tersebut telah meningkat sehingga melebihi dua juta salinan.[22]

Sanjungan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan Ruj
2018 Anugerah National Academy of Video Game Trade Reviewers Reka Bentuk Kawalan, 2D atau 3D Terbatas Dicalonkan [23][24]
Berdasarkan Permainan, Muzik atau Prestasi Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Workman, Robert (12 Januari 2017). "1-2 Switch Announced For Nintendo Switch". WWG. Dicapai 2017-01-13. 
  2. ^ a b Byford, Sam (12 Januari 2017). "1-2-Switch is Nintendo's weirdest party game yet". The Verge. Dicapai 2017-01-13. 
  3. ^ Sanchez, Miranda (12 Januari 2017). "1-2 Switch Announced for Nintendo Switch". IGN. Dicapai 2017-01-13. 
  4. ^ Seedhouse, Alex (13 Januari 2017). "1-2-Switch Will Let Nintendo Switch Liven Up Parties". Nintendo Insider. Dicapai 2017-01-13. 
  5. ^ "Billings Farm Challenges Nintendo to Milking Competition". Valley News. 30 Mac 2017. Dicapai 2017-04-03. 
  6. ^ a b "1-2-Switch for Switch Reviews". Metacritic. CBS Interactive. Dicapai 2017-03-02. 
  7. ^ Whitaker, Jed (7 Mac 2017). "Review: 1-2-Switch". Destructoid. Dicapai 2017-03-07. 
  8. ^ Marchiafava, Jeff (2 Mac 2017). "The Switch Gets Its System Soiler - 1-2-Switch - Nintendo Switch". Game Informer. Dicapai 2017-03-02. 
  9. ^ Dayus, Oscar (2 Mac 2017). "1, 2, Switch Review". GameSpot. Dicapai 2017-03-02. 
  10. ^ Pearce, Alanah (2 Mac 2017). "1-2-Switch Review". IGN. Dicapai 2017-03-02. 
  11. ^ McFerran, Damien (2 Mac 2017). "1-2-Switch Review". NintendoLife. Dicapai 2017-03-02. 
  12. ^ Koopman, Daan (8 Mac 2017). "1-2-Switch Review". Nintendo World Report. Dicapai 8 Mac 2017. 
  13. ^ Roberts, David (12 Januari 2017). "1 2 Switch is a WarioWare-esque game where you face your opponent directly". gamesradar. Dicapai 2017-01-13. 
  14. ^ McFerran, Damien (13 Januari 2017). "Nintendo Introduces 1-2-Switch, A Party Game Which Asks You To Ignore The Screen". Nintendo Life. Dicapai 2017-01-13. 
  15. ^ Skipper, Ben (13 Januari 2017). "Nintendo Switch launch game 1-2 Switch's cow-milking mini game is udder filth". International Business Times UK. Dicapai 2017-01-13. 
  16. ^ Frank, Allegra (13 Januari 2017). "1-2-Switch is not the killer app the Nintendo Switch needs". Polygon. Dicapai 2017-01-13. 
  17. ^ Martin, Matt (13 Januari 2017). "Nintendo Switch: hands-on with Nintendo's unique and pricey new console". VG247.com. Dicapai 2017-01-13. 
  18. ^ Madsen, Hayes (13 Januari 2017). "7 Baffling Switch Decisions That Nintendo Is Making". Twinfinite. Dicapai 2017-01-13. 
  19. ^ Arnold, Cory (20 Januari 2017). "1-2-Switch is not the next Wii Sports". Destructoid (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2017-01-21. 
  20. ^ Frank, Allegra. "PETA takes aim at Nintendo for 1-2-Switch's milking minigame". Polygon. Dicapai 2017-04-01. 
  21. ^ Makuch, Eddie (27 April 2017). "Nintendo Confirms No Major E3 Event This Year, Reveals 1-2-Switch Shipment Numbers". GameSpot. CBS Interactive. Dicapai 27 April 2017. 
  22. ^ Arif, Shabana. "Super Mario Odyssey Hits 10 Million Sales". IGN. Dicapai 27 April 2018. 
  23. ^ "Nominee List for 2017". National Academy of Video Game Trade Reviewers. 9 Februari 2018. Dicapai 15 Februari 2018. 
  24. ^ "Horizon wins 7; Mario GOTY". National Academy of Video Game Trade Reviewers. 13 Mac 2018. Dicapai 14 Mac 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]