IGN
![]() | |
Laman sesawang | (Inggeris) http://www.ign.com/ |
---|---|
Pengiklanan? | Ya |
Jenis laman | Permainan video & Hiburan |
Pendaftaran | Percuma, IGN Insider, Kelab Pertubuhan |
Pemilik | News Corporation |
Dicipta oleh | Imagine Media |
Dilancarkan pada | 1996 |
Status terkini | Aktif |
IGN (disingkatkan dan asalnya sebagai International Gaming Network - "Rangkaian Sukan Permainan Video Antarabangsa") ialah sebuah laman web berita dan ulasan multimedia yang bertumpu secara meluas kepada perkembangan dalam industri permainan video. Syarikat induk laman ini, IGN Entertainment, memiliki serta mengawal laman-laman berasingan IGN misalnya seperti GameSpy, Rotten Tomatoes dan AskMen.
Laman web utama IGN terdiri daripada beberapa laman web khas yang lain, setiap daripada mereka menduduki domain kecil pada IGN. Lokasi laman web tersebut, seringkali digelar sebagai "saluran" (channels), meliputi beberapa topik:
- permainan video - Permainan video PC, Nintendo GameCube, Wii, Nintendo DS, Game Boy, Xbox, Xbox 360, PlayStation 2, PlayStation 3, PSP, Wireless, Retro, N-Gage, PlayStation, Nintendo 64, Dreamcast, dan Macintosh.
- maklumat berkaitan sukan permainan video - Kod dan taktik tipu (Cheats & Codes), FAQ, siniar serta garis panduan permainan video yang terperinci.
- media lain - Filem, DVD, Muzik, Komik, Gear, Sukan, Anime, Kereta, Bintang (asalnya digelar "Babes"), dan TV.
Setiap saluran ini terdiri daripada beberapa bahagian yang kecil, seperti Profil Permainan video/Filem, Senarai Produk, Preview, Ulasan, Ciri-ciri, Berita, Mailbag, Pilihan Editor, Tarikh Keluaran serta pautan-pautan kepada senarai bantuan terhadap permainan video tersebut.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- (Inggeris) Asal-usul: Sejarah IGN
- (Inggeris) WhatGameDoYouGame.Com - Sebuah laman peminat
![]() | Rencana berkenaan laman web permainan video ini rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |