15 Teknik Efektif Internet Marketing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
15 Teknik Efektif Internet Marketing
Kulit buku 15 Teknik Efektif Internet Marketing.
Pengarang Mohd Fuad bin Abdul Latip
Negara Malaysia
Bahasa Melayu
Penerbit PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
Tarikh terbitan 24-April-2006
Bil. muka surat 256
ISBN ISBN 983-3585-29-9
Harga Malaysia Barat RM25.00/Malaysia Timur RM28.00(2010)

Buku 15 Teknik Efektif Internet Marketing ditulis oleh Mohd Fuad bin Abdul Latip dan diterbitkan pada 24-April-2006 dengan harga Malaysia Barat RM25.00/Malaysia Timur RM28.00(2010). Ia diterbitkan oleh PTS Publications & Distributors Sdn Bhd dalam bahasa Melayu dengan nombor ISBN10 983-3585-29-9 /ISBN13 .

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Terdapat 15 teknik internet marketing yang dibincangkan dalam buku ini mengenai teknik-teknik pemasaran internet yang boleh digunapakai bagi sesuatu perniagaan internet.

Secara asasnya buku ini mengandungi 5 bahagian utama iaitu:

  • Bahagian 1: Pengenalan: pemasaran melalui internet
  • Bahagian 2: Pemasaran melalui email dan sasaran terus
  • Bahagian 3: Pemasaran melalui enjin pencari
  • Bahagian 4: Pemasaran viral
  • Bahagian 5: Khas untuk ahli myOrionet.

Fuad Latip turut membincangkan mengenai formula PTKTK iaitu:

P= perhatian
T= tarikan
K= keinginan
T= tindakan
K= kredibiliti

Dalam bahagian dua membincangkan mengenai bagaimana untuk menggunakan daftar pengepos "mailing list" bagi memasarkan perniagaan.

Dalam bahagian ketiga pula membincangkan teknik-teknik asas dalam SEO untuk mendapat ranking yang terbaik dalam enjin carian.

Dalam bahagian terakhir, bahagian 4 membincangkan teknik-teknik lain yang boleh digunapakai pada laman sesawang anda. Teknik tersebut adalah teknik blog, teknik ebook, teknik affiliate, teknik forumdan teknik RSS.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]