A Beautiful Life (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
A Beautiful Life
PengarahAndrew Lau
PenulisTheresa Tang
Dihasilkan olehAndrew Lau
Dibintangi
SinematografiAndrew Lau
Lai Yiu-fai
Disunting olehAzrael Chung
Muzik olehChan Kwong-wing
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehMedia Asia Distributions
Tarikh tayangan
  • 13 Mei 2011 (2011-05-13) (China)
  • 26 Mei 2011 (2011-05-26) (Hong Kong)
Masa tayangan
124 minit
NegaraChina
Hong Kong
BahasaMandarin
Pecah panggung$3,707,927[1][2]

A Beautiful Life (Cina: 不再让你孤单) adalah filem bergenre cinta dan romantik Cina 2011 yang diarahkan oleh Andrew Lau. Pelakonnya termasuk Shu Qi, Liu Ye, Tian Liang, Feng Danying, Sa Rina, Zhang Songwen Gao Tian, ​​dan Anthony Wong.[3]

Plot[sunting | sunting sumber]

Seorang ejen hartanah Li Peiru (Shu Qi) mabuk di bar karaoke dan muntah pada seorang polis yang kesepian Fang Zhendong (Liu Ye). Zhendong dengan cepat merasakan hubungan dengan Peiru yang tenang walaupun pada hakikatnya Li Peiru mempunyai hubungan sulit dengan bosnya yang sudah berkahwin. Namun hubungan itu ini berakhir apabila Peiru mengetahui bahawa bosnya telah curang padanya.

Peiru bekerja keras untuk mendapat pembiayaan untuk idea perniagaannya, dan apabila dia berulang kali gagal, Fang menjual rumahnya dan meletakkan wang itu untuk membiayai perniagaannya. Perniagaan gagal sebelum ia dapat dimulakan, dan Peiru mendapati dirinya sangat miskin.

Sementara itu, Fang mendapati bahawa kecederaan yang dialaminya sewaktu menjadi polis menyebabkan secara perlahan memori mentalnya merosot. Keadaan lebih teruk apabila Fang kehilangan pekerjaannya sebagai pegawai polis selepas menggunakan kenderaan rasmi polis untuk tujuan peribadi.

Semasa Peiru mula dapat menerima kenyataan kemerosotan perniagaannya, Peiru mula menghargai sokongan yang dia terima dari Fang. Dia sedar bahawa dia telah jatuh cinta dengan Zhendong, tetapi dia tidak dapat menemuinya sejak dia berpindah.

Suatu hari, ketika dia telah mendapat pekerjaan yang biasa, kawan Fang datang untuk berjumpa dengannya. Dia diberitahu tentang keadaan Feng yang semakin teruk. Dia terus berangkat menuju ke rumah Fang.

Mereka bertemu dan berhubungan semula. Fang menegaskan bahawa dia akan melupakan Peiru kerana dia tidak lagi dapat menyokongnya dari pelbagai aspek, tetapi pada hakikatnya Fang memerlukan sokongannya. Peiru tinggal bersama Fang dan akhirnya mereka berkahwin.

Fang menyedari keadaannya semakin memburuk dari masa ke masa. Akhirnya, dia tidak dapat melakukan tugasnya dan sesat dalam perjalanan pulang dari kerja. Apabila tiba di rumah, dia mendapati bahawa Peiru mengandung.

Apabila keadaan Fang semakin teruk, dia mendapati dirinya lupa akan banyak perkara setiap hari, yang menyebabkan dia sukar untuk menjaga anak barunya dan perkara tesebut amat mengecewakannya.

Fang melihat pencuri yang keluar dari rumah berhampirannya, dan mengejarnya. Setelah berjalan melalui lorong-lorong belakang kawasan kejiranannya, dia dipukul pada kepala dengan batu bata dan berakhir di hospital dengan trauma kepala yang serius. Selepas beberapa hari Peiru berjaga di tepi katilnya, Peiru menjadi sakit dan meninggal dunia sebaik sahaja jantung Fang berhenti berdetak. Kedua-dua mereka meninggal dunia dengan serentak.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon Peranan
Shu Qi Li Peiru
Liu Ye Fang Zhengdong
Tian Liang Fang Zhencong
Feng Danying Xiaowan
Sa Rina Ibu Xiaowan
Zhang Songwen
Gao Tian
Anthony Wong Zhong
Ibu Peiru

Lagu (OST)[sunting | sunting sumber]

Lagu Penyanyi Penyanyi asal
Don't Let You Be Alone Anymore (Cina: 不再讓你孤單) Chen Sheng (Cina: 陳昇) Chen Sheng
Fantasia Bulan Madu (Cina: 結他低泣時) Danny Summer M.Nasir

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]