Ababil (kugiran)
Ababil | |
|---|---|
![]() | |
| Juga dikenali sebagai | History, Bil |
| Asal | Malaysia |
| Genre | Rock kapak, heavy metal, slow rock, balada |
| Tahun aktif | 1989 |
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Ababil merupakan sebuah kumpulan rock yang pernah aktif di Malaysia pada akhir dekad 80-an. Mereka menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Kumpulan ini ditubuhkan di selatan tanah air, iaitu di Johor Bahru pada tahun 1989 sebagai History. Nama Ababil ini adalah cetusan fikiran daripada ikon muzik rock Ramli Sarip. Namun begitu, kumpulan ini menyingkatkan nama mereka kepada Bil sahaja, kerana nama itu diharamkan oleh kerajaan Malaysia berdasarkan atas sebab nama mereka adalah sandaran kepada segerombolan burung yang menyerang angkatan tentera bergajah Abrahah seperti mana termaktub di dalam Surah Al-Fiil di dalam al-Quran, dikhuatiri mencetuskan sensitiviti agama. Kelarisan kumpulan ini turut berkurangan susulan polisi tapisan lagu yang ketat oleh RTM pada ketika itu.
Album pertama
[sunting | sunting sumber]Album pertama Ababil yang berjudul sendiri dipasarkan pada tahun 1989. Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi kumpulan ini kerana 9 dari 10 buah lagu dalam album tersebut diharamkan penyiarannya oleh pihak RTM. Selepas itu mereka membawa haluan masing-masing.
Barisan keanggotaan
[sunting | sunting sumber]
- Ajid (lahir 20 Mei 1969; penyanyi, kemudian menyertai Kumpulan GET. Meninggal dunia pada 1 Februari 2026)
- Menk (lahir 11 Ogos 1966; gitar, kemudian digantikan oleh Rosli)
- Rosli (gitar)
- Sham (lahir 27 September 1969; bass)
- Azmi Mohammad (keyboard)
- Dann (lahir 18 Februari 1968; dram, kemudian menyertai Qiara)
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album studio
[sunting | sunting sumber]- Ababil (TRC, 1989)
Runut
[sunting | sunting sumber]- "Ababil"
- "Cinta Belum Berakhir" (satu-satunya lagu yang diluluskan untuk siaran)
- "Mawar Jingga"
- "Halua Haloba"
- "Umpama Mimpi"
- "Hidup Topengan"
- "Warna Cinta"
- "Ringgit"
- "Rindu"
- "Badai Cinta"
Reunion
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2014 anggota-anggota asal Ababil telah mengumumkan projek 'reunion'.

