Abang Adik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Abang Adik
PengarahJin Ong
PenulisJin Ong
Dihasilkan olehAngelica Lee
Alex C. Lo
DibintangiWu Kang Ren
Jack Tan
SinematografiKartik Vijay
Muzik olehKatayama Ryota
Syarikat
penerbitan
mm2 Entertainment
Cinema Inutile
JW SAB & Partners
Diedarkan olehApplause Entertainment Limited (Taiwan)
Golden Scene Company Limited (Hong Kong, Makau)
mm2 Entertainment (Malaysia, Singapura)
Tarikh tayangan
  • 1 Disember 2023 (2023-12-01) (Taiwan)
  • 7 Disember 2023 (2023-12-07) (Hong Kong, Makau)
  • 14 Disember 2023 (2023-12-14) (Malaysia)
  • 11 Januari 2024 (2024-01-11) (Singapura)
Masa tayangan
115 minit
Negara Malaysia
BahasaCina
Melayu
Inggeris
BajetRM3 juta
Pecah panggungRM1 juta (Malaysia)
NT$63 juta (Taiwan)
HK$1.3 juta (Hong Kong)

Abang Adik (Cina: 富都青年; "Budak Pudu") ialah sebuah filem Malaysia 2023 yang diarahkan dan ditulis oleh Jin Ong, diterbitkan oleh Angelica Lee, dan dilakonkan oleh Wu Kang Ren, Jack Tan, Serene Lin, dan Bront Palarae sebagai pelakon sampingan. Filem ini mengisahkan tentang dua adik-beradik tanpa warganegara yang hidup kesusahan, terutamanya dengan ketiadaan hak sebagai warga Malaysia rasmi. Filem ini ditayangkan di Taiwan pada 27 November 2023, dan dikeluarkan di Taiwan pada 1 Disember, Hong Kong dan Macau pada 7 Disember, dan Malaysia pada 14 Disember.

Plot[sunting | sunting sumber]

Abang (Wu Kang Ren) dan Adik (Jack Tan) yang tiada status warganegara menjalani kehidupan fakir di kawasan Pudu, yakni di tempat tinggal pekerja asing. Mereka tidak boleh menikmati kebajikan umum negara, tidak boleh memohon pasport serta membuka akaun bank. Abangnya, Abang, dilahirkan tanpa upaya pendengaran, bekerja keras dan menerima nasib, dan hanya mahukan kehidupan yang stabil. Adik pula tidak mahu tunduk kepada nasibnya dan menjual dokumen palsu secara haram. Dia hanya mahu membuat wang dan bawa saudaranya pergi dari tempat yang menjijikkan tersebut. Kedua-dua orang yang pada asalnya menjalani kehidupan yang tidak sama rata kerana keghairahan pekerja sosial Jia En (Serene Lim), menawarkan diri untuk membantu mengesan maklumat ibu bapa asal dan sijil kelahiran. Namun, kebaikannya membawa kepada kemalangan, dan pada pada masa yang sama, Abang dan Adik sekali lagi jatuh ke dalam kesempitan.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Filem itu telah disenarai pendek dalam Persidangan Modal Teroka Golden Horse 2020, dan memulakan penggambaran di Kuala Lumpur pada 1 Jun 2022, dan serta dijadualkan siap pada 2 Julai. Pelakon utama Wu Kangren secara khusus pergi ke Malaysia lebih awal untuk merasai kehidupan tempatan, dan bekerja keras untuk menurunkan berat badan dan tan kulit buat lakonannya sehingga kehilangan lebih daripada 8 kilogram. Chen Zeyao, yang memegang watak sebagai Adik diarahkan oleh pengarah untuk menambah berat 7 kilogram untuk memenuhi keperluan lakonan.

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Kutipan[sunting | sunting sumber]

Filem ini memenangi sambutan menggalakkan di Taiwan dengan kutipan hampir NT$15 juta pada hujung minggu pertama tayangannya, menjadi juara pecah panggung hujung minggu di Taipei, dan memecahkan rekod pecah panggung filem Singapura dan Malaysia di Taiwan.[1] Kutipan di Taiwan mencecah NT$40 juta dalam tempoh sepuluh hari selepas tayangannya, dan kutipan hujung minggu kedua adalah 16% lebih tinggi daripada minggu pertama. Reputasinya semakin meningkat dan ia telah menjadi filem bertaraf fenomena pada akhir 2023.[2] Pada minggu ketiga, kutipan bernilai melebihi NT$62 juta, dengan kutipan di Taipei melebihi NT$19 juta. Ia dilancarkan di Hong Kong pada 7 Disember dengan kutipan minggu kedua melebihi HK$1.3 juta, mencatat rekod baharu bagi filem Malaysia di sana. Ia dikeluarkan di Malaysia pada 14 Disember, dan box office dalam empat hari hujung minggu pertama melebihi RM1 juta.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "吳慷仁拿金馬加持!《富都青年》首週票房飆1500萬奪冠 影迷淚崩". 自由娛樂 (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 2023-12-4. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan); Check |archive-url= value (bantuan); Check date values in: |access-date= (bantuan)
  2. ^ "台灣票房破4000萬! 《富都青年》凱旋歸國 吳慷仁終吐心聲「從影以來轉捩點」". 民視新聞網 (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 2023-12-11. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan); Check |archive-url= value (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]