Kewarganegaraan Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Kewarganegaraan Malaysia merujuk kepada penduduk yang bermastautin di Malaysia. Kriteria-kriteria untuk kewarganegaraan Malaysia ditentukan dalam Peraturan Kewarganegaraan Malaysia 1964.

Kewarganegaraan Malaysia telah mula dilaksanakan di beberapa negeri di Malaysia sebelum negara mencapai kemerdekaan dan kedaulatan. Negeri-negeri Selat, yang terdiri daripada Pulau Pinang, Melaka, Singapura dan kemudiannya Labuan, adalah entiti pertama memperkenalkan undang-undang kewarganegaraan di rantau Asia. Naturalization Act 1867 menyatakan bahawa:

mana-mana orang, yang tinggal di jajahan Negeri-negeri Selat, keistimewaan kewarganegaraan boleh diberikan kepadanya.

Keperluan[sunting | sunting sumber]

Keperluan-keperluan yang diperlukan bagi menjadi warganegara Malaysia adalah seperti di bawah.[1]

Sebelum Hari Malaysia[sunting | sunting sumber]

Sesiapa yang lahir sebelum Hari Malaysia (16 September 1963) adalah berwarganegara Malaysia di bawah ketetapan-ketetapan berikut:

  1. Sesiapa yang pada sebelum kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 merupakan warganegara Malaysia berdasarkan ketetapan-ketetapan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, sama ada menerusi perundangan atau sebaliknya,
  2. Sesiapa yang lahir di Malaysia pada atau selepas Hari Merdeka dan sebelum Oktober 1962,
  3. Sesiapa yang lahir di Malaysia selepas September 1962, dengan salah satu ibu bapa merupakan warganegara atau pemastautin tetap Malaysia atau tidak menjadi warganegara mana-mana negara lain,
  4. Sesiapa yang lahir di luar Malaysia pada atau selepas Hari Merdeka dengan ayahnya berstatus warganegara ketika kelahirannya dan sama ada (ayah) lahir di Malaysia atau ketika itu berada dalam perkhidmatan Kerajaan Malaysia atau Negeri,
  5. Sesiapa yang lahir di luar Malaysia pada atau selepass Hari Merdeka dengan ayahnya berstatus warganegara ketika kelahirannya sekiranya kelahirannya dalam tempoh satu tahun atau lebih berdasarkan budi bicara Kerajaan Malaysia, didaftarkan di konsulat Malaysia, atau sekiranya berlaku di Singapura, Sarawak, Brunei atau Borneo Utara, didaftarkan ke Kerajaan Persekutuan.

Selepas Hari Malaysia[sunting | sunting sumber]

Sementara itu, sesiapa yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia merupakan warganegara Malaysia di bawah ketetapan-ketetapan berikut:

  1. Sesiapa yang lahir di Malaysia dengan sekurang-kurangnya sebelah ibu bapa merupakan warganegara atau pemastautin tetap Malaysia, dan,
  2. Sesiapa yang lahir di luar Malaysia dengan ayahnya berstatus warganegara ketika kelahirannya dan sama ada (ayah) lahir di Malaysia atau ketika itu berada dalam perkhidmatan Kerajaan Malaysia atau Negeri,
  3. Sesiapa yang lahir di luar Malaysia dengan ayahnya berstatus warganegara ketika kelahiran sekiranya kelahirannya dalam tempoh satu tahun atau lebih berdasarkan budi bicara Kerajaan Malaysia, didaftarkan di konsulat Malaysia, atau sekiranya berlaku di Brunei atau di wilayah yang ditetapkan bagi tujuan ini berdasarkan perintah Yang di-Pertuan Agong, didaftarkan ke Kerajaan Malaysia, dan
  4. Sesiapa yang lahir di Singapura dengan sekurang-kurangnya sebelah ibu bapa ketika kelahiran merupakan warganegara dan tidak lahir sebagai warganegara di tempat lain melainkan atas budi bicara dalam perenggan ini, dan
  5. Sesiapa yang lahir di Malaysia yang tidak menjadi warganegara mana-mana negara melainkan atas budi bicara dalam perenggan ini.

Pelucutan[sunting | sunting sumber]

Keadaan seseorang warganegara boleh dilucutkan kewarganegaraan:

  1. Seseorang individu itu telah menjadi warganegara asing.
  2. Seseorang individu itu telah menderhaka terhadap kerajaan semasa peperangan.
  3. Seseorang warganegara membuktikan dia tidak setia kepada negara sama ada melalui percakapan atau tindakannya yang boleh mencemar keselamatan dan kedaulatan negara.

Isu[sunting | sunting sumber]

Kesaksamaan gender[sunting | sunting sumber]

Sehingga 2020-an, satu isu timbul dalam hukum kewarganegaraan Malaysia, yang melibatkan ibu warganegara yang berkahwin dengan bapa bukan warganegara. Isu ini timbul daripada penulisan dalam Jadual I dan II Bahagian Kedua, yang menggunakan istilah bapanya dalam peruntukan pewarisan kewarganegaraan anak baru lahir. Hal ini menyebabkan ibu-ibu terlibat perlu melakukan permohonan untuk memberikan taraf warganegara kepada anak-anak mereka; kebanyakannya ditolak.[2]

Walau bagaimanapun, isu ini selesai pada 2021 menerusi kes Suriani Kempe & Ors lwn Kerajaan Malaysia & Ors. Dalam hal ini, pihak hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah merumuskan bahawa istilah bapanya perlu ditakrifkan sebagai ibu dan bapa secara serentak, dan peruntukan asal melanggari Perkara 8(2) yang menidakkan diskriminasi jantina.[3] Setakat Disember 2021, tindakan sedang dilakukan untuk meminda Perlembagaan bagi mengemas kini pembaharuan ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Constitution of Malaysia 1957". CommonLii. Dicapai pada 25 January 2017.
  2. ^ Ayamany, Keertan (25 September 2021). "Family Frontiers: Putrajaya's appeal of citizenship ruling 'baffling'". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 November 2021.
  3. ^ "Children born overseas to Malaysian mums eligible for citizenship, court rules in landmark decision". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 9 September 2021. Dicapai pada 18 November 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]