Pergi ke kandungan

Abdel Kader Coulibaly

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Abdel Kader Coulibaly
Maklumat peribadi
Nama penuh Abdel Kader Coulibaly
Tarikh lahir (1993-06-18) 18 Jun 1993 (umur 31)
Tempat lahir M'Bahiakro, Ivory Coast
Ketinggian 179 cm (5 ka 10 in)
Posisi permainan Penyerang tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
ISI Dangkor Senchey
Nombor 10
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2018–2019 Asia Euro United
2019–2020 National Police Commissary FC
2022– ISI Dangkor Senchey 33 (11)
Pasukan kebangsaan
2024– Kemboja 1 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 30 November 2024
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 8 Disember 2024

Abdel Kader Coulibaly (lahir 18 Jun 1993) ialah pemain bola sepak profesional yang bermain sebagai penyerang untuk kelab Liga Perdana Kemboja ISI Dangkor Senchey. Dilahirkan di Ivory Coast, dia berkhidmat untuk pasukan kebangsaan Kemboja.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Abdel Kader ialah seorang Muslim yang taat beragama dari Ivory Coast. Selepas bermain di Liga Kemboja selama enam tahun, beliau memutuskan untuk menjadi warganegara Kemboja pada 2024.[1][2]

Kerjaya kelab

[sunting | sunting sumber]

ISI Dangkor Senchey

[sunting | sunting sumber]

Abdel Kader bermain untuk Kelab Kemboja ISI Dangkor Senchey pada musim 2022 dengan kontrak 2 tahun. Beliau memutuskan untuk memperpanjang kontraknya pada tahun 2024.[3]

Kerjaya antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Telah bermain di Kemboja selama 6 tahun, Abdel Kader memutuskan untuk menjadi warganegara Kemboja pada 2024. Dia mendapat panggilan untuk berkhidmat demi negaranya pada Piala AFF 2024. Abdel Kader mendapat kaps senior perdana sederum menjaringkan gol pertama ke atas Malaysia pada 8 Disember 2024 dalam perlawanan seri 2–2.[4][5][6]

Jaringan gol antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
Nom. Tarikh Tempat Lawan Mata Hasil Kejohanan
1. 8 Disember 2024 Stadium Olimpik Phnom Penh, Phnom Penh, Cambodia  Malaysia 1–1 2–2 Piala AFF 2024 Kumpulan A


  1. ^ Mahar, M. Ikhsan (2 December 2024). "Fenomena Naturalisasi Semakin Mendominasi Sepak Bola ASEAN". kompas.id (dalam bahasa Indonesia). Kompas. Dicapai pada 4 December 2024.
  2. ^ Norn, Chhorn (4 December 2024). "Foreign-born footballers cleared for 2024 ASEAN Cup". Phnom Penh Post. Dicapai pada 7 December 2024.
  3. ^ Norn, Chhorn (2 December 2024). "Kingdom's latest three citizens await FIFA approval for ASEAN Cup". phnompenhpost.com (dalam bahasa Inggeris). The Phnom Penh Post. Dicapai pada 4 December 2024.
  4. ^ Sadhana, Cokorda K. (3 December 2024). "Cambodia to Include SIX Naturalized Players in AFF Championship Squad". football-tribe.com (dalam bahasa Inggeris). Football Tribe. Dicapai pada 4 December 2024.
  5. ^ "គោព្រៃកម្ពុជា បន្ថែមកីឡាករចូលសញ្ជាតិ ៣រូប ត្រៀមប្រយុទ្ធពាន AFF Cup 2024 ចុងសប្ដាហ៍នេះ". m.freshnewsasia.com (dalam bahasa Khmer). Fresh News Asia. 2 December 2024. Dicapai pada 4 December 2024.
  6. ^ "កម្ពុជា ស្មើម៉ាឡេស៊ី ២-២ ក្នុងជំនួបបើកឆាកពូល A នៃពានរង្វាន់ AFF Mitsubishi Electric Cup 2024". m.freshnewsasia.com (dalam bahasa Khmer). Fresh News Asia. 8 December 2024. Dicapai pada 9 December 2024.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]