Abdul Kadir (pemain bola sepak)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Abdul Kadir
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1948-12-27)27 Disember 1948
Tempat lahir Denpasar, Indonesia
Tarikh kematian 4 April 2003(2003-04-04) (umur 54)
Tempat kematian Jakarta, Indonesia
Ketinggian 160 cm (5 ka 3 in)
Posisi permainan Sayap
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1969–1971 PSMS Medan 34 (20)
1971–1979 Persebaya Surabaya 107 (85)
1979–1980 Arseto Jakarta 12 (4)
1980–1982 Perkesa 78 10 (2)
1982–1983 Jaka Utama 3 (3)
Pasukan kebangsaan
1966–1967 Indonesia B20 6 (4)
1967–1979 Indonesia[1] 111 (70)
Pasukan diurus
1983–1984 Indonesia
1984–1992 Krama Yudha Tiga Berlian
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Abdul Sulaiman Kadir (27 Disember 1948 – 4 April 2003) ialah seorang pemain bola sepak profesional Indonesia yang bermain sebagai pemain sayap dalam pasukan kebangsaan Indonesia dari 1965 hingga 1979.[2] Disebabkan ketangkasannya dalam menggerakkan bola, Abdul Kadir mendapat jolokan "Si Kancil".[2] Beliau ialah pemegang rekod dari segi penampilan dan penjaringan gol di Indonesia.[3] Pada Disember 2021, beliau disahkan telah membuat 105 penampilan "A" (111 keseluruhan) di peringkat antarabangsa untuk menjadi ahli Kelab Abad FIFA; beliau ialah satu-satunya pemain bola sepak Indonesia dengan penarafan sedemikian.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Abdul Kadir - Century of International Appearances Diarkibkan 30 Disember 2021 di Wayback Machine - RSSSF.
  2. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Jakarta tidak disediakan
  3. ^ Indonesia - Record International Players Diarkibkan 4 Februari 2023 di Wayback Machine - RSSSF.
  4. ^ FIFA Century Club - 1 December 2021, FIFA.