Abdul Kadir Nordin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mej Jen (B) Dato' Abdul Kadir Nordin
Kelahiran
Abdul Kadir Nordin

Warganegara Malaysia
PekerjaanTentera - Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD)
MajikanBendera Tentera Darat Malaysia Tentera Darat Malaysia
Terkenal keranaPenerima pingat Panglima Gagah Berani PGB
Pangkat Mejar Jeneral
Anak-anak4

Mej Jen (B) Dato' Abdul Kadir Nordin adalah seorang anggota tentera Malaysia yang berasal dari Pulau Pinang dan dibesarkan di Kelantan, Malaysia. Beliau telah dikurniakan pingat Panglima Gagah Berani pada 8 Jun 1966 di atas keberaniannya semasa pertempuran dengan pemberontak komunis di kawasan Kota Tinggi.

Pada 1965 semasa OP OAK TREE yang dilaksanakan di Kota Tinggi, Lt M Abdul Kadir diarahkan untuk menawan musuh yang berkumpul di sebuah rumah kongsi. Beliau bersama-sama platunnya bergerak ke lokasi musuh pada sebelah malam untuk mengepung rumah kongsi tersebut dengan dua kumpulan penyekat dan satu kumpulan serangan. Serangan tersebut sepatutnya dimulakan dengan tembakan pistol suaran tetapi tidak berlaku kerana peluru yang ditembak tidak meletup.

Dengan beranggapan kedua-dua kumpulan penyekatnya berada dalam kedudukan, Lt M Kadir meluru ke rumah kongsi tersebut dan mengarahkan musuh yang berada di dalam rumah itu keluar menyerah diri. Tindakan yang berani itu mengejutkan musuh dan seramai sembilan orang menyerah diri. Ketika mengawasi musuh keluar dari rumah tersebut barulah Lt M Kadir sedar bahawa hanya beliau dan seorang anggotanya sahaja yang menyerbu ke rumah kongsi manakala anggotanya yang lain masih belum mengambil kedudukan menyekat. Beliau dikurniakan pingat PGB pada 8 Jun 1966.

Rujukan[sunting | sunting sumber]