Abu Nidal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Abu Nidal (Arab: أبو نضال) (Mei 1937 – 16 Ogos 2002), dilahirkan Sabri Khalil al-Banna (Arab: صبري خليل البنا), ialah pengasas Fatah – Majlis Revolusi (Arab: فتح المجلس الثوري), yang juga dikenali sebagai Organisasi Abu Nidal, sebuah kumpulan serpihan militan orang Palestin.[1] Pada kemuncak kuasanya pada tahun 1970-an dan 1980-an, Abu Nidal, atau, "bapa perjuangan" dianggap ramai sebagai pemimpin politik Palestin yang paling ganas.[2] Beliau memberitahu Der Spiegel dalam temu ramah pada tahun 1985: "Saya seorang makhluk jahat yang bergerak hanya pada waktu malam dan menyebabkan  ... mimpi dahsyat."[3]

Kumpulan Abu Nidal terlibat dalam rampasan Penerbangan 648 EgyptAir pada 23 November 1985.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Melman 1986, p. 213.
    • Berkaitan dengan tarikh lahir, The Guardian melaporkan yang Abu Nidal dilahirkan pada tahun 1939; The Times berkata 1940; Truman Institute daripada Hebrew University of Jerusalem memberikan tarikh lahirnya sebagai 1934. Issam Sartawi memaklumkan Yossi Melman tahun 1936. Melman membuat kesimpulan tahun lahir ialah 1937.
    • Terdapat percanggahan tentang namanya. Akhbar Daily Telegraph menulis yang beliau ialah Hasan Sabri al-Banna; Middle East International mengatakan Muhammad Sabri al-Banna. Mengikut Stewart Steven, yang menulis tentang Mossad, nama sebenar Abu Nidal ialah Sabri Khalil al-Banna ataupun Mazan Sabri al-Banna. Nama Khalil datang daripada bapanya; sudah menjadi tradisi Arab yang nama bapa ditambah kepada nama anak. Al-Banna bermaksud "pembina" (Melman 1986, pp. 44–45). Beliau juga dikenali sebagai Amin al-Sirr dan Sabri Khalil Abd Al Qadir.
  2. Contoh, lihat:
  3. Melman 1986, p. 3.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.