Abjad suku kata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Abugida)
Lompat ke: pandu arah, cari

Abjad suku kata (juga dinamakan abugida) ialah suatu jenis sistem tulisan yang mana setiap huruf mewakili satu bunyi konsonan dan diiringi oleh satu bunyi vokal. Bunyi vokal boleh diubah pada mana-mana huruf dengan menambahkan tanda diakritik. Semua sistem tulisan yang diwarisi daripada tulisan Brahmi menggunakan sistem abjad suku kata.

Jenis sistem tulisan ini dikenali dengan pelbagai nama dalam bahasa Inggeris, antaranya syllabic alphabet, alphasyllabaries dan semi-syllabaries. Nama "abugida" diperkenalkan oleh Peter T. Daniels bersempena sebuatan empat huruf pertama dalam abjad Ge'ez, aleph, bet, gimel dan dalet (A B G D).