Ace

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Ace of aces atau Wira handalan (juga disebut jaguh handalan) ialah gelaran yang diberi kepada wira yang sangat aktif dalam satu cabang perkhidmatan dalam tentera sesebuah negara semasa peperangan. Gelaran ini sangat rapat dengan juruterbang pesawat pejuang handalan, tetapi terdapat juga beberapa jenis yang lain, seperti wira kereta kebal dan wira kapal selam.

Juruterbang pejuang handalan[sunting | sunting sumber]

Jaguh udara atau pejuang handalan adalah seorang juruterbang tentera yang mendapat kepujian dengan menembak jatuh beberapa buah kapal terbang musuh dalam pertempuran udara. Jumlah sebenar kemenangan udara yang diperlukan untuk layak secara rasmi sebagai seorang 'ace' ada berbagai-bagai, tetapi biasanya lima atau lebih. Beberapa jaguh handalan dikalangan juruterbang tempur mempunyai sejarah yang menyumbang sebahagian besar kemenangan udara dalam sejarah ketenteraan.

Antara pejuang handalan yang ternama ialah;

  • Erich Hartmann (Jerman) memusnahkan 352 buah kapal terbang, merupakan 'fighter ace' yang paling hebat dan paling berjaya dalam sejarah peperangan udara.
  • Gerhard Barkhorn (Jerman) memusnahkan 301 kapal terbang, merupakan 'fighter ace' yang kedua paling berjaya dalam Perang Dunia II.
  • Gunther Rall (Jerman) memusnahkan 275 kapal terbang, berada dikedudukan yang ke-3 paling berjaya dalam Perang Dunia II.
  • Manfred von Richthofen (Jerman) "membinasa" 80 kapal terbang, merupakan ace paling berjaya dalam Perang Dunia I.
  • Richard Bong (Amerika) dengan 40 kemenangan menjadikan beliau ace paling berjaya bagi pihak Amerika.

Wira kereta kebal[sunting | sunting sumber]

'Tank ace' ialah seorang komander kereta kebal yang mendapat kepujian dengan "membunuh" (memusnahkan) beberapa buah kereta perisai atau kereta kebal musuh dalam pertempuran darat. Beberapa jaguh handalan kereta kebal mempunyai sejarah yang menyumbang sebahagian besar kemenangan darat dalam sejarah ketenteraan. Tidak semua negara mengiktiraf istilah 'jaguh kereta kebal' sewaktu Perang Dunia II.

Antara wira kereta kebal yang ternama ialah;

  • Kurt Knispel (Jerman) memusnahkan 168 buah kereta kebal, merupakan 'panzer ace' yang paling hebat dan paling berjaya dalam sejarah peperangan darat.
  • Michael Wittmann (Jerman) memusnahkan 138 kereta kebal.
  • Johannes Bolter (Jerman) memusnahkan 139 kereta kebal.
  • Otto Carius (Jerman) memusnahkan 150 kereta kebal.
  • Dmitry Lavrinenko (Soviet) memusnahkan 52 kereta kebal, merupakan 'tank ace' yang paling berjaya bagi pihak Bersekutu.

Wira kapal selam[sunting | sunting sumber]

Wira dasar laut ialah seorang komander kapal selam yang telah menenggelamkan 100,000 tan atau lebih dalam bentuk berat dan jumlah kapal. Di dalam Perang Dunia I, komander U-boat yang berjaya menenggelamkan 100,000 tan akan menjadi U-boat ace. Di dalam Perang Dunia II, komander U-boat yang berjaya menenggelamkan 100,000 tan dan menjadi U-boat ace, akan dianugerahkan Knight Cross of the Iron Cross, mengikut sistem mata yang dibuat oleh Adolf Hitler. Bagi mereka yang melebihi 200,000 tan akan layak menerima Salib Besi Kesatria berserta Daun Oak.

Antara wira kapal selam yang ternama ialah;

  • Lothar von Arnauld de la Periere (Jerman) menenggelamkan 194 kapal dengan jumlah berat 453,716 tan, merupakan 'submarine ace' yang terhebat dan paling berjaya dalam sejarah peperangan laut.
  • Otto Kretschmer (Jerman) menenggelamkan 47 kapal dengan jumlah berat 273,043 tan, merupakan 'u-boat ace' yang paling berjaya dalam Perang Dunia II.
  • Wolfgang Luth (Jerman) menenggelamkan 46 kapal dengan jumlah berat 225,204 tan, merupakan 'u-boat ace' yang kedua paling berjaya dalam Perang Dunia II.
  • Erich Topp (Jerman) menenggelamkan 35 kapal dengan jumlah berat 197,460 tan, merupakan 'u-boat ace' yang ketiga paling berjaya dalam Perang Dunia II.
  • Gunther Prien (Jerman) menenggelamkan 30 kapal dengan jumlah berat 162,769 tan, berada di kedudukan yang ke-9 paling berjaya dalam Perang Dunia II.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • http://www.acesofww2.com/
  • Foreman, John; Harvey, S.E. (1995), Messerschmitt Combat Diary Me.262, Crecy Publishing Ltd, ISBN 1-871187-30-3 .
  • Toliver, Raymond F. and Trevor J. Constable (1998). Die deutschen Jagdflieger-Asse 1939 – 1945. Stuttgart, Germany: Motorbuch Verlag. ISBN 3-87943-193-0.
  • Samuel, Wolfgang W.E. (2004). American Raiders — The Race to Capture the Luftwaffe's Secrets. University Press of Mississippi. ISBN 1-57806-649-2.
  • Schaulen, Fritjof (2004). Eichenlaubträger 1940 – 1945 Zeitgeschichte in Farbe II Ihlefeld – Primozic (in German). Selent, Germany: Pour le Mérite. ISBN 3-932381-21-1.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]